BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 7, 2014

Family Day Hj MOhd Kamil Raya ke 3 di Taiping

Assalamualaikum.
ni raya ke3 di AUlong Taiping. pagi2 pukul 7 Bertolak dri Teluk Intan ikut jalan lama. LAluan Bruas. JImat..jimat..bayar duit tol dan kesesakan Jem kat highway ye...syukur2.. 
Sampai Taiping pukul 10 pagi. Dah sampai mula la buka peta yang Mak sedara hani bagi. 
sesat kejap. dan akhirnya sampai..


x da saper yang ada lagi. kami family yang pertama. yehaaa... lepas mandi kan twin kat sana keluar kejap pegi cari kek untuk sambutan besday twin kat situ. dah la x reti pekan. sesat nak cari Tesco kat Pekan Taiping. patah balik. buka google map.akhirnya sampai gak..
Cari kedai kek kat KING aje.
balik dari beli kek dah selamat sudah Tahlil kat rumah tu. X sempat nak baca yasin. lepas tu mula la start Makan2. setiap ahli keluarga ada bahagian2 bawa makanan. wah..syurga makanan betul..best2..


Paling best Steambot dan tauhu bakar.

Yang ni roti bom..sedap sangat2 kalo ,alam macam tu je juga


Start aktiviti pukul 3 pm. KElam kabut nak siapkan twin dan wafa pakaian beragam. sebab ikut turn nak solat p masuk bilik air. bukan nya sikit. ramai yang nak masuk.hahahha.

FYI twin ni demam dari raya ke2. sian kan. paksa gak suruh pakai gaun kembang2 ala2 princess. X sempat nak amik gambar semua kanak2 yang mengayakan baju2 diorg.





 lepas amik markah pertandingan tu cepat2 sambut besday twin.


Sambil tu acara lucky draw. nak kabor awal2. selalu kalo ada lucky draw mesti x dapat. so memang x bajet nak dapat kan..kan.. tapi kali ni rezeki datang sini. syukur sangat2.. kali ni dapat set cadar dan comforter..hadiah yang ke2. best kan.. lepas tu teka kacang husband menang.  jawapan yang tepat. 100 biji kacang.. hani yang wakil ambil hadiah. dia p tido..hahahha.

 lepas tu acara sesi bergambar dengan semua orang... bergambar dengan kembar2 waris haji mohd kamil dan warga hmk pakai baju jubah. ni pun ada pertandingan juga tau..



Warga KEmbar. ada 4 pasang. lelaki kiri dan perempuan tu adik beradik. Mak sedara hani bersalin 2 kali kembar.  yang pakai baju biru tu anak sepupu. yang si kecik tu my babies.

 
konon2 cermin diorang nak buat.
ni baru suku berkumpul. kalo berkumpul ramai2 memang ramai sangat. adik beradik mak dah 11 orang. sepupu sepapat anak2 sedara..ada yang x dapat hadir.. 





harap2 next time dapat berkumpul  lebih ramai.

* keluarga belah abah susah sangat nak berkumpul. jarang2 sekali. kalo berkumpul kan best.












1 comments:

Rizziela said...

bestnya..mesti meriah kan