BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 25, 2014

Jamuan Raya kat Tadika Perpaduan Intan MAs Teluk Intan Perak

esok dah last Syawal. masih update lagi jamuan2 raya ni. ni cter 2 minggu lepas.. jamuan raya kat sekolah wafa. mmg lambat pegi sana. alhamdullilah ramai lagi yang tunggu. sebab nya. pagi tu anto si kembo. dgn wafa2 skali hntr. lps tu g Proton servis. dah lebih date untuk servis...x sampai sejam siap balik rumah kemas2 baju dan rumah. sbb nk balik shah alam lepas tu. balik sorang2 tanpa suami. tp anak2 angkut skali. tawakal je la masa tu. 



Ni je la menu yang masih ada. Nasi lemak memang best.


kalo bab nk sponsor makanan. hani surender nk masak2 ni. lg2 rendang ke.apa ke.. maaf la ye... kalo sposor VITAGEN boleh..hehehe. budak2 kemain suka tau. alamak. bawa 8 pek je..


.sikit plak..sbb lupa ada adik beradik pun ikut join dtg.. bila cikgu annauce ada vitagen semua pakat berebut keluar.. 



ok. ni sebahagian parents yang ada lagi. ada yang dah balik. nyembang2 dgn diorg. suma sporting2 dan baik2. Ok. ni la jamuan raya pertama dan terakhir untuk kami sekeluarga. insyaalah thn depan wafa sekolah lain plak.
Terima kasih banyak2 ye cikgu. 

* dok makan semeja dengan cikgu. Jadikan cikgu sbgi kawan. sbb leh tau anak2 kita macam mana kat sekolah. cikgu siti cakap wafa dah ok sket. sbb dulu x mo dgr ckp. asyik x mo duduk tmpt dia je. skrg dah ok buat keje sekolah. aminnnn.syukur la dia dah ok..






Jamuan raya Mahkamah Sesyen Majistret Teluk Intan 2014

Balik dari hospital Ipoh terus ke Ofis. Smpat gak la dapat makan2. maaf la ye. 2 hari x join gotong royong memasak.

Apa2 hal mesti amik gambar. Pn shima berbaju kurung warna coklat. HAkim(2) PAti Langkap.


Orang2 kuat mahkamah


dari kiri, Kak PAzla,Thulasi, Aisya, KAk Fazila n Mak buyung menunggu hari nk bersalin. si fizah.(skrg dah selamat besalin. sampai la hajatnya nak makan jamuan raya.hahahha)

geng praktikal dan wife HAkim dan Officemate. Bawa anak2 hani skali ke ofis. ingat malas la nk bawa si kembo.. tp pengasuh taska ckp pengasuh baby cuti sbb kembo x da..


Hani with officemate. cantik background tu.


dari kiri. hanie,Tini,Kak jem n Aida


MAkanan nya mewah2.Syukur alhamdullilah. idea big boss suruh masak lemang sendiri, ketupat anyam sendiri..best kan







Laksa mee kari harus la ada.


JAmuan ni secara santai2. makan berdiri.. x da meja vip2..
Sape lalu lalang mahkamah, ada customer..ajak makan skali. budak2 skolah yg rajin lalu pun ajak makan skali. nasib baik sporting..



Sedondon plak aida n abg nazri.. Apa la yang dijeling si nasya tu.hahahha


comey kan nasi impit tergantung 



Staf cleaner pejabat sebelah..


KLinik Dermatologi (Kulit) Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Perak

Assalamualaikum. Last 2 weeks pergi ke Hospital Ipoh. Dapat appoinment kat sana. bertolak lmbt sket sbb pagi2 nak siap kan si wafa ke sekolah. nak siapkan bubur nasi si kembo. sampai sana fuhh. susah betul nk dpt kan paking. banyak kali baca doa Robbi assir. tp x da rezeki lagi time tu. so husband suruh g naik dulu..dia cari paking. apa lagi. dukung la kembo tu naik ke atas. dah la 1st time kesana. x tau tempat. 


syukur alhamdullilah dipermudahkan..naik tgkt 1 je. lepas tu terus daftar..

Muka wirdani ceria je.


sempat lagi mak nya nak ber wefie. 

Bila ayah nya sampai terus bagi makan kat diorang. nak jaga perut. nnt mengamuk x tentu pasal kat sana plak masa tu. Suap si wardina.. mood happy bila 1st time makan bubur ni mcm ni sbb yang sedapnya hani bubuh unsalted butter. 




bubur nasi+ keledek+labu+unsalted butter + daun sup. sesudu masuk mulut anak. 1 sudu masuk mulut maknya.hahahha


Berebut- rebut bila nak makan.

 

time suapkan diorang ayah nya plak merayau2. ntah kemana plak. dtg blk bawa kuih2. lega sket. sbb time tu hani pun lapo. lepas tu x cukup. dia turun lagi pegi beli..... masih x cukup lagi...ckp ngan dia. abang nak ikut la. lapo la lagi. hahha. lagi pun dah tau mesti lama nya nk jumpa doktor..

wahh best betul kantin Hospital besar ni. macam2 ado. kalo teluk intan biasa2 je. kat sana ada makanan india.makanan cina.kuih muih. air pelbagai rasa..heaven sungguh makanan kat situ. yang paling ramai beratur kat kedai makanan masakan cina. 


husband hani amik nasi goreng ayam.




Macam ni la suasana kat situ.



Kami..sempat lagi berselfie..

Ok lepas makan kene tunggu turn lagi. masuk jumpa dokto dah pkl 11 lebih. ntah nk balik teluk intan bila lagi. nak amik ubat lagi. adoi.. nasib baik ada sorang tu dia murah hati bg kami masuk dulu. sbb kembo ni dah mula menangis2.

Husband pun dah penat..dok tanya.lama lagi ke,lama lagi ke..tau la kalo lelaki ni x  le dok lama2 . boleh jadi singa. 

Abis semua selesai pkl 12 lebih. ya allah. husband hani bawa kete macam F1. tutup mata je. x sanggup nka tengok jalan. dah siap sound dia. ummi tak mo mati lagi ..hahahha. sebab dia dah marah2.  biasa la.tghhari kan.dah la panas. hati nak marah je. nk kejor masuk keje petang. hani rileks je sbb dapat MC time tu.hehehe. tp terus ke ofis ada jamuan raya.

untuk ubat2an hani dah ingat nama dia. 

untuk cream hanie - Aqueos Glycerin, Bethamithasone VC 0.1% dan 1:2, basuh luka warna purple dan Fuciden cream.
Untuk Kembo plak- Aqueos Glycerin, Hydracotisone cream 0.5% dan 1 %, basuh luka warna purple dan Fuciden cream. 

apa itu ekzema

Salam.


Apa khabar. disini hani nak bg sedikit info tentang ekzema. 

Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun

Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. 

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. 

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 

Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya. 

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif. 

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda. 

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga. 

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya. 

Apakah rawatan untuk ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek. 

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering. 

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda. 

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika. 

Adakah penggunaan steroid membahayakan anak saya?

Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil. 

Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan. 

Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor. 

Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emoilien yang banyak tak menjadi masalah. 

Apakah rawatan lain yang ada?

Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin. 

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain. 

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit. 

Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?

Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif. 

Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar. 

Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?

Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi. 

Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut. 

Bolehkah saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?

Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan. 

Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan. 

Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu. 

Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan.

Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?

Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba: 
  • Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.
  • Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.
  • Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.
  • Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.
  • Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah. Baca lagi tentang bagaimana memastikan bayi anda nyaman dalam cuaca hangat.
  • Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.

http://www.babycenter.com.my/a1045604/ekzema-dan-kanak-kanak#ixzz3A4XcYQdl

Monday, August 11, 2014

DUGAAN RAYA BILA TWIN DEMAM PANAS

Assalamualaikum. doakan kesihatan kepada anak2 kembar saya. Twin ni tak sihat start raya ke2. mak ayahnya ke hulur ke hilir juga bawa anak2 p beraya. masa tu mak hani ada gak.. Siap bawa ke taiping..sambil2 tu lap2 atas kepala. lepas tu raya ke 4 balik Teluk Intan. sampai pun dah petang. cakap ngan mak. jom lepas maghrib pegi makan ngan spital. bajet diorg mesti x masuk wad..last..suhu 40 c si adik ..pegi masuk kawasan kuning. diorg check wirdani sakit tonsil..patut la minum dan makan x mau..  doktor bag ubat siap2 dan kain basahan bg suhu tu turun. mengamuk si wirdani x mo bg kerjasama.hahahha. Mak pegang wardina. masih kat luar tengah check2. husband hani Dia x ikut skali sebab drive jauh2 dia plak yang demam.. call husband bawa pampers dan baju. tapi dia bawa baju je. keadaan x sangka nk masuk wad pun. 1 apa pun x bawa. nasib baik susu diorang hani bawa. tinggalkan wafa dan amir dkt luar. risau juga..


Bila wardina dah check conferm dia pun masuk juga.

malam tu hani suruh mak balik. sebab hani boleh jaga diorg..tapi tu la..minta tolong mak juga la basuh baju2(malunya minta tolong..tpi dah x da baju..syukur2 dalam masa susah mak ada..terima kasih MAK)


ok. ni hari pertama. masih lemah2 je diorang ni.. nak senyum pun susah

Hari kedua..masih demam on off. rawatan ekzema pun masih dalam pantauan. doktor suruh tukar susu yang pakai sekarang. kene pakai soya dulu. tengok keadaan. tapi bila husband beli MAmex. dah salah plak. kene la beli yang lain. 

Ni hari yang ketiga. hari ahad. dah boleh senyum2 dan main..SYukur Alhamdullilah. MAsa ni tak tau boleh balik petang.. sebab ada dokto ckp hari isnin baru boleh balik. tapi bila dokto pakar cakap boleh balik petang. yeah..best nya..

ok saya dah sampai dirumah. boleh main dengan kak yong..






Thursday, August 7, 2014

Family Day Hj MOhd Kamil Raya ke 3 di Taiping

Assalamualaikum.
ni raya ke3 di AUlong Taiping. pagi2 pukul 7 Bertolak dri Teluk Intan ikut jalan lama. LAluan Bruas. JImat..jimat..bayar duit tol dan kesesakan Jem kat highway ye...syukur2.. 
Sampai Taiping pukul 10 pagi. Dah sampai mula la buka peta yang Mak sedara hani bagi. 
sesat kejap. dan akhirnya sampai..


x da saper yang ada lagi. kami family yang pertama. yehaaa... lepas mandi kan twin kat sana keluar kejap pegi cari kek untuk sambutan besday twin kat situ. dah la x reti pekan. sesat nak cari Tesco kat Pekan Taiping. patah balik. buka google map.akhirnya sampai gak..
Cari kedai kek kat KING aje.
balik dari beli kek dah selamat sudah Tahlil kat rumah tu. X sempat nak baca yasin. lepas tu mula la start Makan2. setiap ahli keluarga ada bahagian2 bawa makanan. wah..syurga makanan betul..best2..


Paling best Steambot dan tauhu bakar.

Yang ni roti bom..sedap sangat2 kalo ,alam macam tu je juga


Start aktiviti pukul 3 pm. KElam kabut nak siapkan twin dan wafa pakaian beragam. sebab ikut turn nak solat p masuk bilik air. bukan nya sikit. ramai yang nak masuk.hahahha.

FYI twin ni demam dari raya ke2. sian kan. paksa gak suruh pakai gaun kembang2 ala2 princess. X sempat nak amik gambar semua kanak2 yang mengayakan baju2 diorg.





 lepas amik markah pertandingan tu cepat2 sambut besday twin.


Sambil tu acara lucky draw. nak kabor awal2. selalu kalo ada lucky draw mesti x dapat. so memang x bajet nak dapat kan..kan.. tapi kali ni rezeki datang sini. syukur sangat2.. kali ni dapat set cadar dan comforter..hadiah yang ke2. best kan.. lepas tu teka kacang husband menang.  jawapan yang tepat. 100 biji kacang.. hani yang wakil ambil hadiah. dia p tido..hahahha.

 lepas tu acara sesi bergambar dengan semua orang... bergambar dengan kembar2 waris haji mohd kamil dan warga hmk pakai baju jubah. ni pun ada pertandingan juga tau..



Warga KEmbar. ada 4 pasang. lelaki kiri dan perempuan tu adik beradik. Mak sedara hani bersalin 2 kali kembar.  yang pakai baju biru tu anak sepupu. yang si kecik tu my babies.

 
konon2 cermin diorang nak buat.
ni baru suku berkumpul. kalo berkumpul ramai2 memang ramai sangat. adik beradik mak dah 11 orang. sepupu sepapat anak2 sedara..ada yang x dapat hadir.. 





harap2 next time dapat berkumpul  lebih ramai.

* keluarga belah abah susah sangat nak berkumpul. jarang2 sekali. kalo berkumpul kan best.