Assalamualaikum
baru la nak cerita g trip Cameron Highland(CH). Al maklum la susah benor nak transfer gambar dalam USB ni disebabkan malas nak buka laptop. ok ni sedikit gambar-gambar wat tatapan pembaca blog yang nak pergi ke CH. ni khas untuk ke TIME TUNNEL.. Bayaran masuk RM5 untuk DEWASA.
dah sampai ke Brinchang. mencari melilau mata mana la Muzium ni..masa tu banyak kereta dah..hani pergi hari jumaat..orang x ramai sangat dalam tu..
Abah hani dah terlepas sebab dia x perasan..memang kene perhatikan satu persatu kedai nya..
Dalam barang2 tu banyak barang antik dan banyak barang kita pernah pakai masa dulu-dulu..memang ada kenangan manis...
dapur biru ni pernah guna masa kat kampung..
Pelbagai koleksi tin minuman.
Snap gambar kejap..
Koleksi tabung dari Bank2. Hani ada tabung Gajah BSN,Tabung Haji. Bank-bank lain x da.. masa ni qistina nak sangat nak tabung2 dalam ni...
Barang peralatan dapur di sangkut
ni koleksi barang lama. hani ajak Qistina bergambar dekat kuda tu..dia takut..tu yang lari sebelah main apa ntah
ni korang ada lagi x.. mainan piano masa kecik2...mak ada..tapi biasa la..dah buang..
Barang antik
Koleksi Botol Kaca Pepsi,Cola,Soya pun ada. tapi hani tengok soya nye dah basi.
Lepas keluar husband hanie beli sket buah strawbery kat situ..hani mintak COklat Strawbery..sedap..
petang tu dah start sakit perut cirit birit..hohohoho
1 comments:
wahhh ke CH ko erk...terbaik...
Post a Comment