Teruskan ransangan yang dibuat untuk kumpulan umur 0-6 bulan.
BAHASA
Mengajar kalimah tauhid yang berikut dengan sebutan yang jelas, satu-satu dan teratur mengikut cara yang sama seperti dahulu.
§ La Ilaha Illa Allah (Tiada Tuhan melainkan Allah)
§ Allah Yang Maha Esa
§ Tiada sekutu bagi-Nya (tiada yang serupa dengan Allah)
§ Kepunyaan-Nya kerajaan (semua milik Allah)
§ Segala puji bagi Allah (Alhamdulillah)
§ Dia menghidupkan dan mematikan
§ Di tangan-Nya segala kebaikan
§ Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu
INTELEK
Untuk meransang inteleknya, ibu boleh menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah dalam bentuk kad-kad gambar (flash cards) atau buku-buku bergambar yang besar dan jelas gambarnya.
§ Kad gambar berukuran 25cm x 25cm
§ Gambar jelas tanpa latar belakang yang mengelirukan
§ Gambar betul atau lukisan yang tepat
Contoh:
§ Set tanda kekuasaan Allah di langit (matahari, bulan, bintang, planet)
§ Set tanda kekuasaan Allah di bumi (gunung, laut, sungai, padang pasir, hutan tropika)
§ Set haiwan : [set mamalia], [set burung], [set ikan], [set serangga]
§ Set tumbuhan: [set bunga], [set daun], [set buah], [set pokok]
Ibu boleh menggunakan sebarang set ciptaan Allah. Perlu diterangkan di sini bahawa terdapat beberapa faedah memperkenalkan ciptaan Allah dalam bentuk set.
a) kajian membuktikan otak kanak-kanak amat peka kepada ransangan yang berbentuk berkedip (flashing) dan berbentuk kumpulan (set). Pembinaa ilmu itu bersistem dan akan berkembang secara bersistem juga.
b) memperkenalkan ciptaan Allah dalam bentuk set melatih anak untuk meneliti persamaan-persamaan pada set makhluk yang sama jenisnya, juga meneliti perbezaan-perbezaan makhluk pada set yang sama jenis. Latihan ini pada mulanya perlu dimulakan oleh ibu.
JIWA
Solat di samping anak. Membaca Al-Quran dan Al-Ma’thurat di sampingnya. Bacaan jelas didengarkan pada anak.
Pada mulanya anak mungkin akan menggangu kita solat. Tapi bila sudah biasa, dia akan mengerti waktu solat tidak boleh diganggu dan dia akan cuba mengikut gerak solat kita.
FIZIKAL
Untuk meransang fizikal anak, biarlah anak merangkak secara bersilang (criss-cross pattern) kerana ini Insya’Allah membantu perkembangan otak yang seimbang (bahagian otak kanan dan kiri). Sediakan tempat selamat untuk anak merangkak dan bermain. Galakkan anak merangkak dengan cara permainan.
(Contoh: meletakkan satu permainan sebagai umpan atau membuat terowong dari kotak untuk dilalui oleh anak)
Kalau boleh, elakkan penggunaan alat bantuan berjalan (baby walker) kerana ini akan mengurangkan peluang anak merangkak.
Nota Ummi:
1. Sentiasa biasakan lidah kita menyebut kalimah-kalimah tauhid untuk biasakan anak-anak mendengarnya. Semoga kalimah-kalimah itu sentiasa membasahi lidah mereka kelak.
§ Sentiasa baca Bismillah jika nak buat sesuatu. Bab baca doa makan, sekarang Anas yang akan tegur Ummi kalau Ummi terlupa baca doa makan masa nak suapkan dia…
2. Biarpun anak tidak menunjukkan minat terhadap kad-kad yang kita tunjukkan, jangan putus asa, terus mencuba dan menyebutnya. Percayalah, anak anda akan minat untuk belajar.
§ Anas lebih suka tengok flash cards kat iPod Ummi, huhu… Yang tu ada bunyi sekali. So, Ummi guna iPod untuk proses ni…
3. Anak kecil sentiasa memerhati dan cuba meniru tindak tanduk kita. Jadi, tunjukkan lah segala yang baik di depan mereka untuk di contohi.
§ Bila masuk waktu solat, Ummi akan cakap kat Anas, sekarang waktu solat apa? (Subuh;Zohor;Asar;Maghrib;Isya’) dan bagitau dia jumlah rakaat dalam solat untuk setiap waktu.
4. Janganlah risau bila anak lambat berjalan kerana bila dia merangkak lebih lama, dia perlukan lebih masa untuk mengenali sekeliling dia. Jangan memaksa dia dengan baby walker dan sebagainya. Dia akan berjalan bila tiba masa dia untuk berjalan. Setiap anak tak sama. Jadi jangan bandingkan dia dengan anak orang lain. Sebaiknya pelbagaikan aktiviti untuk meransang motor dia, bukan memaksa dia untuk cepat melakukan sesuatu yang dia masih belum bersedia untuk melakukakannya.
§ Ummi memang bertegas tidak menggunakan baby walker untuk Anas. Rasa puas bila dia dapat explore dunia dia dengan cara dia sendiri. Biarpun Anas lambat berjalan, tapi dia berusaha sendiri untuk berjalan (tanpa bantuan, cuma sokongan padu dari kami sekeluarga.)
What Everyone Else Does When It Comes to Sbobet and What You Should Be
Doing Different
-
What Everyone Else Does When It Comes to Sbobet and What You Should Be
Doing Different [image: Sbobet]
The Basics of Sbobet In the instance of Common Sbob...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment