BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 11, 2011

Ransangan-tarbiyyah-anak-12-18-bulan

Ransangan Tarbiyah Anak (12-18 bulan)

Teruskan ransangan sebelum ini (umur 0-6 bulan & 6-12 bulan)

1. Berikan peluang anak berjalan atau berlari di tempat yang lapang dan selamat, misalnya padang. Pada tahap ini Insya'Allah membantu perkembangan behagian tertentu otak anak (cortex).
2. Berikan peluang anak merasa dengan jari ciptaan Allah yang dijumpai dan ditekankan oleh ibu sebagai bukti kekuasaan Allah, Rabb Yang Esa.
3. Kalimah Tauhid dan maksudnya yang mungkin telah dihafal oleg anak, akan diulangkan sebutannya semasa menyaksikan tanda-tanda kekuasaan Allah (Subhanallah, Masya'Allah, Alhamdulillah, Allahu Akbar). Ibu boleh menceritakan keajaiban ciptaan Allah, misalnya: Bagaimana Allah meninggikan langit tanpa tiang atau tali. Penggunaan nasyid boleh membantu.

*Teringat masa kecik-kecik dulu, banyak sangat nasyid kanak-kanak tentang kebesaran Allah. Nasyid dari Kumpulan Raihan pun sangat-sangat membantu.



Ransangan Tarbiyah Anak (18-36 bulan)

Teruskan ransangan sebelum ini.

Maksud hadith:

1. Ajarlah anak kamu surah al-Furqan (25:2) apabila dia mula berkata-kata.
2. Ajarkan anak kamu 3 perkara: mencintai Nabi, mencintai keluarganya dan membaca Al-Qur'an.

INTELEK
AQIDAH
TAUHID


Mengajar potongan-potongan surah al-Furqan (25:2) menggunakan teknik pembelajran yang menarik dan berkesan.

Ayat-ayat lain termasuk:
An-Nahl (16:17) ; Al-A’laa (87:1-4) ; Al-Ikhlas (112:1-4) ; Al-Fatihah (1:1-3)
dan seterusnya mengikut kemampuan dan kesediaan anak. Objektif utama ibu adalah memperkenalkan Allah sebagai Rabb dan melalui proses ransangan seterusnya, dia akan dibimbing untuk mentauhidkan Allah sebagai Ilah.

SEERAH
RASUL


Pengajaran seerah para Rasul, khususnya seerah Rasulullah SAW mesti membawa penekanan yang jelas kepada anak, iatu para rasul adalah contoh manusia yang mentauhidkan Allah sebagai Rabb dan Ilah dan para rasul mengajar manusia mentauhidkan Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan apa-apa pun.

Teknik penceritaan mestilah mudah dan berkesan. Buku-buku bergambar dapat membantu menarik perhatian dan minat anak.

AL-QURAN


Perkenalkan Al-Qur’an sebagai Kitabullah dan Kalamullah secara beransur-ansur. Adakan sesi hafalan surah-surah pendek dalam Juz 30 (Juz ‘Amma). Sila perhatikan bahawa sesi ini berasingan dari sesi pembelajaran Aqidah yang menggunakan ayat-ayat tertentu dari Al-Qur’an.

Nasyid boleh digunakan untuk memperkenalkan fungsi Al-Qur’an.


*Bapa-bapa pun boleh aplikasikan sesi ransangan tarbiyah ni ya.
*Bila waktu solat lebih berkesan dengan bapa sebabnya bapa boleh baca kuat untuk memperkenalkan surah-surah lazim dibaca ketika solat kepada anak. ~Solat Jemaah~



0 comments: