BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 26, 2011

KONVOKESYEN





Friday, March 11, 2011

Ransangan-tarbiyyah-anak-12-18-bulan

Ransangan Tarbiyah Anak (12-18 bulan)

Teruskan ransangan sebelum ini (umur 0-6 bulan & 6-12 bulan)

1. Berikan peluang anak berjalan atau berlari di tempat yang lapang dan selamat, misalnya padang. Pada tahap ini Insya'Allah membantu perkembangan behagian tertentu otak anak (cortex).
2. Berikan peluang anak merasa dengan jari ciptaan Allah yang dijumpai dan ditekankan oleh ibu sebagai bukti kekuasaan Allah, Rabb Yang Esa.
3. Kalimah Tauhid dan maksudnya yang mungkin telah dihafal oleg anak, akan diulangkan sebutannya semasa menyaksikan tanda-tanda kekuasaan Allah (Subhanallah, Masya'Allah, Alhamdulillah, Allahu Akbar). Ibu boleh menceritakan keajaiban ciptaan Allah, misalnya: Bagaimana Allah meninggikan langit tanpa tiang atau tali. Penggunaan nasyid boleh membantu.

*Teringat masa kecik-kecik dulu, banyak sangat nasyid kanak-kanak tentang kebesaran Allah. Nasyid dari Kumpulan Raihan pun sangat-sangat membantu.



Ransangan Tarbiyah Anak (18-36 bulan)

Teruskan ransangan sebelum ini.

Maksud hadith:

1. Ajarlah anak kamu surah al-Furqan (25:2) apabila dia mula berkata-kata.
2. Ajarkan anak kamu 3 perkara: mencintai Nabi, mencintai keluarganya dan membaca Al-Qur'an.

INTELEK
AQIDAH
TAUHID


Mengajar potongan-potongan surah al-Furqan (25:2) menggunakan teknik pembelajran yang menarik dan berkesan.

Ayat-ayat lain termasuk:
An-Nahl (16:17) ; Al-A’laa (87:1-4) ; Al-Ikhlas (112:1-4) ; Al-Fatihah (1:1-3)
dan seterusnya mengikut kemampuan dan kesediaan anak. Objektif utama ibu adalah memperkenalkan Allah sebagai Rabb dan melalui proses ransangan seterusnya, dia akan dibimbing untuk mentauhidkan Allah sebagai Ilah.

SEERAH
RASUL


Pengajaran seerah para Rasul, khususnya seerah Rasulullah SAW mesti membawa penekanan yang jelas kepada anak, iatu para rasul adalah contoh manusia yang mentauhidkan Allah sebagai Rabb dan Ilah dan para rasul mengajar manusia mentauhidkan Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan apa-apa pun.

Teknik penceritaan mestilah mudah dan berkesan. Buku-buku bergambar dapat membantu menarik perhatian dan minat anak.

AL-QURAN


Perkenalkan Al-Qur’an sebagai Kitabullah dan Kalamullah secara beransur-ansur. Adakan sesi hafalan surah-surah pendek dalam Juz 30 (Juz ‘Amma). Sila perhatikan bahawa sesi ini berasingan dari sesi pembelajaran Aqidah yang menggunakan ayat-ayat tertentu dari Al-Qur’an.

Nasyid boleh digunakan untuk memperkenalkan fungsi Al-Qur’an.


*Bapa-bapa pun boleh aplikasikan sesi ransangan tarbiyah ni ya.
*Bila waktu solat lebih berkesan dengan bapa sebabnya bapa boleh baca kuat untuk memperkenalkan surah-surah lazim dibaca ketika solat kepada anak. ~Solat Jemaah~



Ransangan-tarbiyyah-anak-6-12bulan

Teruskan ransangan yang dibuat untuk kumpulan umur 0-6 bulan.
BAHASA


Mengajar kalimah tauhid yang berikut dengan sebutan yang jelas, satu-satu dan teratur mengikut cara yang sama seperti dahulu.

§ La Ilaha Illa Allah (Tiada Tuhan melainkan Allah)
§ Allah Yang Maha Esa
§ Tiada sekutu bagi-Nya (tiada yang serupa dengan Allah)
§ Kepunyaan-Nya kerajaan (semua milik Allah)
§ Segala puji bagi Allah (Alhamdulillah)
§ Dia menghidupkan dan mematikan
§ Di tangan-Nya segala kebaikan
§ Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu

INTELEK


Untuk meransang inteleknya, ibu boleh menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah dalam bentuk kad-kad gambar (flash cards) atau buku-buku bergambar yang besar dan jelas gambarnya.

§ Kad gambar berukuran 25cm x 25cm
§ Gambar jelas tanpa latar belakang yang mengelirukan
§ Gambar betul atau lukisan yang tepat

Contoh:

§ Set tanda kekuasaan Allah di langit (matahari, bulan, bintang, planet)
§ Set tanda kekuasaan Allah di bumi (gunung, laut, sungai, padang pasir, hutan tropika)
§ Set haiwan : [set mamalia], [set burung], [set ikan], [set serangga]
§ Set tumbuhan: [set bunga], [set daun], [set buah], [set pokok]

Ibu boleh menggunakan sebarang set ciptaan Allah. Perlu diterangkan di sini bahawa terdapat beberapa faedah memperkenalkan ciptaan Allah dalam bentuk set.
a) kajian membuktikan otak kanak-kanak amat peka kepada ransangan yang berbentuk berkedip (flashing) dan berbentuk kumpulan (set). Pembinaa ilmu itu bersistem dan akan berkembang secara bersistem juga.
b) memperkenalkan ciptaan Allah dalam bentuk set melatih anak untuk meneliti persamaan-persamaan pada set makhluk yang sama jenisnya, juga meneliti perbezaan-perbezaan makhluk pada set yang sama jenis. Latihan ini pada mulanya perlu dimulakan oleh ibu.

JIWA


Solat di samping anak. Membaca Al-Quran dan Al-Ma’thurat di sampingnya. Bacaan jelas didengarkan pada anak.

Pada mulanya anak mungkin akan menggangu kita solat. Tapi bila sudah biasa, dia akan mengerti waktu solat tidak boleh diganggu dan dia akan cuba mengikut gerak solat kita.

FIZIKAL


Untuk meransang fizikal anak, biarlah anak merangkak secara bersilang (criss-cross pattern) kerana ini Insya’Allah membantu perkembangan otak yang seimbang (bahagian otak kanan dan kiri). Sediakan tempat selamat untuk anak merangkak dan bermain. Galakkan anak merangkak dengan cara permainan.
(Contoh: meletakkan satu permainan sebagai umpan atau membuat terowong dari kotak untuk dilalui oleh anak)

Kalau boleh, elakkan penggunaan alat bantuan berjalan (baby walker) kerana ini akan mengurangkan peluang anak merangkak.


Nota Ummi:
1. Sentiasa biasakan lidah kita menyebut kalimah-kalimah tauhid untuk biasakan anak-anak mendengarnya. Semoga kalimah-kalimah itu sentiasa membasahi lidah mereka kelak.
§ Sentiasa baca Bismillah jika nak buat sesuatu. Bab baca doa makan, sekarang Anas yang akan tegur Ummi kalau Ummi terlupa baca doa makan masa nak suapkan dia…

2. Biarpun anak tidak menunjukkan minat terhadap kad-kad yang kita tunjukkan, jangan putus asa, terus mencuba dan menyebutnya. Percayalah, anak anda akan minat untuk belajar.
§ Anas lebih suka tengok flash cards kat iPod Ummi, huhu… Yang tu ada bunyi sekali. So, Ummi guna iPod untuk proses ni…

3. Anak kecil sentiasa memerhati dan cuba meniru tindak tanduk kita. Jadi, tunjukkan lah segala yang baik di depan mereka untuk di contohi.
§ Bila masuk waktu solat, Ummi akan cakap kat Anas, sekarang waktu solat apa? (Subuh;Zohor;Asar;Maghrib;Isya’) dan bagitau dia jumlah rakaat dalam solat untuk setiap waktu.

4. Janganlah risau bila anak lambat berjalan kerana bila dia merangkak lebih lama, dia perlukan lebih masa untuk mengenali sekeliling dia. Jangan memaksa dia dengan baby walker dan sebagainya. Dia akan berjalan bila tiba masa dia untuk berjalan. Setiap anak tak sama. Jadi jangan bandingkan dia dengan anak orang lain. Sebaiknya pelbagaikan aktiviti untuk meransang motor dia, bukan memaksa dia untuk cepat melakukan sesuatu yang dia masih belum bersedia untuk melakukakannya.
§ Ummi memang bertegas tidak menggunakan baby walker untuk Anas. Rasa puas bila dia dapat explore dunia dia dengan cara dia sendiri. Biarpun Anas lambat berjalan, tapi dia berusaha sendiri untuk berjalan (tanpa bantuan, cuma sokongan padu dari kami sekeluarga.)

Ransangan Tarbiyyah Anak (0-6 bulan)

Salam..

hanie suka baca blog Asha's Family..
sini hani copy paste tuk mengingatkan diri tuk mengajar anak2 hani..kekadang hani lupa nk mengajar dan didik qistina..ya..penting diri sebab nk menjahit jer..sory yer qistina..dengan nya ada nota rangsanagan ni hope boleh membantu diri ni..

Hadith:
"Mulakan pengenalan kalimah La Ilaha Illa Allah kepada anak-anak kamu"


BAHASA

Sentiasa mengucapkan kalimah “La Ilaha Illa Allah” dengan jelas dan teratur sambil mewujudkan ‘eye to eye contact’ dan memaksimakan sentuhan fizikal.
(Contoh: menyentuh mukanya, membuka tangannya, menggosok atau mengurut badannya selepas mandi.)

Sentiasa bercakap dengan menggunakan bahasa yang betul untuk menunjukkan kasih sayang dan kemesraan.

INTELEK

Memperkenalkan tanda-tanda kekuasaan Allah.
(Contoh: Set anggota – pegang anggotanya yang berkenaan)
Tekankan hanya Allah yang berkuasa memberikan kepadanya anggota itu. Terus baca “La Ilaha Illa Allah”.

Memperkenalkan fungsi anggota yang dikehendaki oleh Allah.
(Contoh: Allah berikan mata untuk melihat tanda kekuasaan Allah. Sekiranya Allah mengambil balik penglihatan kita, tiada siapa boleh mengembalikannya.)

Membawa bersiar-siar sambil bercerita betapa tinggi dan esa kekuasaan Allah, Rabb sekalian alam. Perkenalkan alam sebagai tanda kekuasaan Allah.

Memberikan anak peluang merasa dengan jarinya sifat yang Allah berikan kepada ciptaan-Nya.
(Contoh: panas, sejuk, kasar, licin, rata, bulat, kesat, halus)
Berikan anak rasa dengan lidahnya rasa manis, masin, pahit dan masam. Terangkan ini sebagai tanda kekuasaan-Nya.

JIWA

Solat di samping anak. Mencium dan mendukungnya selepas solat. Membaca Al-Quran dan Al-Ma’thurat di sampingnya.

FIZIKAL

Meletakkan anak dalam keadaan meniarap, sama ada di atas riba kita, atau di atas permukaan lantai yang tidak sejuk, bersih dan rata. Biarkan anak cuba mengangkat kepalanya sendiri dan merayap. Biasakan kedua tangan anak memegang kedua jari telunjuk ibu dan perlahan-lahan ibu mengangkat jarinya sehingga badan anak terangkat, sedikit demi sedikit.

Bagi keseimbangan badannya - biasanya beransur-ansur menimang dan melambungnya dengan penuh berhati-hati. Lakukan semua aktiviti ini dengan mengulang pembacaan kalimah tauhid. Penggunaan nasyid adalah berkesan.




Nota Ummi:

1. Jangan sesekali menggunakan bahasa yang kasar dengan anak-anak. Jika kita biasakan mereka mendengar percakapan yang kasar dari kita, kelak mereka akan terbiasa dan susah nak faham jika kita berlembut sekalipun. Memang la kadang2 karenah anak-anak ni sangat menguji kesabaran, tapi bersabarlah untuk masa depan mereka. Takut nanti mereka turut berkasar dengan orang lain. Ingat jugak, jangan mudah nak angkat tangan dengan anak-anak
§ Ya Allah, berikanlah kami kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Lindungilah lisan-lisan kami dan tangan-tangan kami dari mengasari anak-anak kami.
§ Ummi perasan, jika kami berkasar dengan Anas, dia akan balas balik macam tu jugak. So, adik-adik ku sekalian, jangan berkasar dengan Anas ya. Pesanan untuk Ummi dan Abah jugak. And please, jangan ajar Anas pukul benda yang menyakiti dia……. Better cakap macam ni kat dia, “Anas terhantuk kat kayu. Kayu ni keras, sebab tu Anas sakit. Lain kali hati-hati ya sayang…”

2. Berilah peluang pada anak-anak merasai semua sifat. Jika kita tahu benda itu bahaya bagi dia, lagi la kita kena beritahu dia. Contoh, bila dia nak pegang cerek panas, kita jangan jerit pada dia. Nanti dia terkejut. Jika kita menghalang, perasaan ingin tahu dia semakin mendalam dan risau dia akan mencuba sendiri tanpa pengetahuan kita. Kan lebih membahayakan tu? So, cara yang terbaik ialah, katakan macam ni kat dia, “Sayang, ini cerek panas. Panas sangat sebab air baru masak. Suhu dia boleh melecurkan tangan. Nanti tangan luka, sakit…” Sebaiknya, tuang air panas ke dalam mug tebal dan biar dia rasa panas itu. So that, dia tahu, panas itu menyakitkan dan dia takkan cuba sentuh lagi lepas ni.
§ Masa Achik tolong jaga Anas kat Vistana (masa Ummi kursus) dulu, pernah sehari Achik terlewat masak bubur Anas. So, bila time dia nak makan, bubur masih panas tapi Anas dah merengek2 nak mamam. So, Achik biar Anas rasa panas tu dari bawah bekas makanan dia. So dia tahu bubur tu masih panas dan masih belum boleh dimakan. Dan dia boleh tunggu, Alhamdulillah… Sekarang ni pun, kalau nak makan or minum, dia akan rasa dulu panas atau sejuk – dia akan letak tangan dia bawah gelas or pinggan utnuk rasa.

3. Biarpun kita nampak anak kecil belum mengerti apa-apa, sebenarnya mereka memerhatikan segala gerak geri dan tindak tanduk kita. Jangan terkejut jika satu masa nanti, dia akan tiru perbuatan kita. So, masa ni la kita kena tunjuk kelakuan baik depan dia. Solat dan baca ayat-ayat suci Allah depan dia sangat-sangat meransang dia untuk mencintai Allah sejak dia kecil.
§ Alhamdulillah, sejuk hati kami bila tengok Anas ikut kami solat. Walaupun tak ikut sampai habis, tapi dia dah tahu steps dalam solat. Kadang-kadang dia ambilkan Al-Quran minta Ummi bacakan, Alhamdulillah…

4. Kebanyakan orang tak bagi kita melambung atau menimang anak. Ya, ia boleh menggarkan otak. Bagaimana dengan penggunaan buaian? Kita menimang dan melambung anak bukanlah kerap. Kita cuba buat secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat. Baik untuk keseimbangan badan dia dan juga untuk biasakan dia supaya tidak gayat. Janganlah terlalu kerap dan berturut-turut. Buat perlahan-lahan, beransur-ansur untuk biasakan dia.
§ Ummi cuba jugak menimang dan melambung Anas sikit2 masa baby dulu. Tapi selalu mendapat halangan, hihi… Biasa la kan, orang ni cepat risau. Tapi Ummi buat jugak sendiri2. Perlu diingat, berhati2! Janganla plak anak tu masih lembut lagi, dilambung sampai lepas tangan tu… Tunggu la sampai badan anak keras sikit dan mula dari bawah dulu… Jangan la sampai lepas tangan plak… Ummi pun seriau…


*nota ni amat berguna sgt..thanks sis

Qistina Jatuh..

Salam..

takut juga kan kalo anak kita ni selalu jatuh dan selalu kene kepala..

ya allah..malam semalam qistina jatuh yg ke berapa kali tah..qistina ni pantang lepa kalo hani dok mengadap laptop..mesti merengek2 nk suruh dukung dia sebab nk tgk laptop..dia panjat kaki saya pastu terlepas hani x sempat nk smbt..mula2 kepala dia terhantuk meja pastu kene lantai plak..dia menangis..hani terus amik dia..mengucap byk2 tgh reaksi dia..bg dia minum susu badan..pastu dia muntah sket.. tgk dia blk..muka pucat sgt..tgk bibir dah putih jer..yaallah.hani rasa dah panik dan mcm nk pengsan pun ada..dia senyap jap..pastu saya bg air putih dia x mo..saya bancuh susu fm..dia mula minum..alhamdullilah skrg tunjuk reaksi ok..tp esok kene tgk reaksi lagi.

.lasak sungguh la dia skrg ni..kalo merajuk mula lentik kan badan..kekadang kene dinding la,meja..saya pun x tau la skrg ni..nk kata nakal x la nakal..tp tgk mood dia je laa..

ish qistina ni merisaukan ummie la..



Monday, March 7, 2011

cuti2 Teluk Senangin

Salam..

2 minggu lepas warga JPJ Teluk Intan wat percutian ke Teluk Senangin..hanie x pernah pun pegi situ..selalu g teluk batik jer,..30 minit kalo g sana if korang dr manjung..

ktorg g jumaat ptg..x sempat nk konvoi sebab my hubby blk lmbt kene keje(masa tu la lampu isyarat wat hal).smpi majung makan malam dulu..nnt malas nk kuar lepas check in..

pergh nk g sana punya la gelap..lampu jalan x da..semata2 lampu kete ktorg jer..mengeri kan..huhuhu. smpi sana x confident sebab ada ker jalan masuk lagi..hani mula la call sorang staff JPJ yg handle chalet..alhamdullilah akhirnya smpi gak ktorg..

pagi tu bgn pg..qistina pun mcm tau jer ada pantai kat situ..terpaksa la mandikan qistina pagi..


ni la muka ceria qistina lepas mandi..nk pegang je bola tu..hani n qistina mula jalan2 kat area situ smbil tgg my hubby siap2 nk g breakfast..n sempat snap gmbr ni..

chelet D'Idaman

lepas breakfast g pantai mula senaman ringan2 jer..nk regang otot2..



aktiviti pagi tu ada jungle tracking kt hutan blkg chelet..hani ...hani x dpt join sebab jaga qistina..sedih2..my hubby jer join.. nasib baik bawa alatan menjahit..x da la boring sgt..dpt jahit order org..
aktiviti ptg pula main bola tampar..hani x join juga sebab x pandai main..kalo bola jaring boleh tahan la juga..
malam tu makan bbq..tp x amik gmbr la..x teringat kot nk amik gmbr..
ok last day check out awal..semo kuar kol 10.30..



KEISTIMEWAAN TELUK SENANGIN:
1 . Best sebab damai kat sini..
2. x da la susah nk cari makan walaupun makan telah dibayar sendiri..
3. dah ada kemudahan toilet dan astaka yg baru.

KEBURUKAN:
1. pantainya byk kulit kerang..adey sakit sket la terpijak.
2. kat chelet tu satu chanel jer..kalo tukar semua tgk tu juga..emm terpaksa..

INSYAALLAH nk pegi kesana lagi bawa family2 bercuti..