Assalamualaikum...
Bulan lepas g Melaka. suami hani ada projek wiring kat umah kak Norma(SIL)
hari pertama tu x keluar kemana2. dapat tolong sket2 suami hanie. seronok tolong dia. masa pregnent kan wafa dalam 4 bulan pun tolong suami hani buat wiring 1 rumah baru. umah kawan dia...tp hani x buat keje berat. setakat bg barang2 yang dia mintak dan pasang lampu kali mantang dan kipas jer..
kali ni pun sama. tolong dia mana yang mampu. Adik beradik yg lain pun tolong sama2.
Keesokkan hari ahad kami semua perempuan g jalan2. Husband hani n FIL dok umah buat wiring lagi..
Kami g jalan2 laa...apa lagi..
planing g zoo melaka. Alhamdullilah x la ramai sangat sbb bukan cuti sekolah.
ni kami kene naik bas. almaklum laa..bawa org mengandung nk jalan 1 zoo mana larat..Kene bayar tau masa ni. x silap RM5 seorang..Dulu diorg pernah jalan kaki keliling 1 zoo..so kali ni naik ketapi jer..ehh bas laa..
Masa ni wafa meraung2 nangis..tu yg muka sedih tu..lepas kene cubit sebab x mo dgr cakap..Ada ke dah masuk zoo punya la jauh dari paking kete nk minta bear dia dalam kete. x ke haru nk g amik...meraung la dia. pujuk2 x mo dgr.. sekali cubit baru nk diam..pastu baru pujuk kat dia..kejap lagi amik laa..Nnt wafa nak apa kita beli yer..
Lepas keliling naik bas pusing 1 zoo ada satu pertunjukkan gajah. mula2 decide x nk pergi sebab nk patah blk kene jln kaki. kira berbukit la sket..tp kesian plak si wafa x tengok gajah. ajak jer la turun tgk gajah..
Show gajah tu ada suruh bg makan. kene bayar lagi hokey..Wafa mula2 takut..kata nya x nak. MIL hani x bg sebab tgh pregnent kan. hani suruh SIL pegi ajak wafa..dalam takut2 tu berani juga dia
Tengok la..Achik dia pun takut..heheh. dia rileks jer
Ni bagi mak ngah sket...
Lepas dah abis balik la...Wafa pegang tangan adik dia..
Last sebelum keluar bergambar. Kak ipar hani cakap Zoo Melaka x banyak haiwan sangat. dia pergi Zoo taiping lagi best
1 comments:
nampak dah tinggi wafa yee
Post a Comment