Assalamualaikum. Jenuh nya nak update2 dalam blog ni. kemalasan yang melampau..huhuhu
X lambat lagi hani nak wish Selamat Tahun BAru 2013 pada kengkawan2, Blogger2 seluruh Dunia yer.
Ari tu hani post gambar konvokesyen PAPN Teluk Intan. Kali ni hani nak share plak Teks Ucapan yang hani dah edit2. dulu pernah amik kat blogger. tp link dia dah x tau. kalau nak rujuk boleh la amik yer. moga teks hani ni boleh dapat membantu korang.
TEKS
PENGACARA MAJLIS HARI KONVOKESYEN PAPN TELUK INTAN 2012
1.
Mengumumkan ketibaan pegawai (NAMA___________________
JABATAN___________NEGERI_________)
2.
****PALUAN
KOMPANG**** potong ribon
3.
****KOMPANG
GAMELAN**** VIP masuk
4.
Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat
sekalian. Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk di tempat masing-masing
5.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
6.
BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum
W.B.T
Yang Berusaha _______________
Yang Berusaha _______________
7.
Yang Berusaha Pn Herdayanti Bt Abdul Manan selaku
Ketua Pendidik PAPN Teluk Intan ,
Yang Dihormati En. Jaafar bin Muhamad Nor Pengerusi PIBP,
Yang Dihormati ________________, Yang Dipertua PIBG SKPBS.
Yang Dihormati En. Jaafar bin Muhamad Nor Pengerusi PIBP,
Yang Dihormati ________________, Yang Dipertua PIBG SKPBS.
8.
Pendidik-pendidik PAPN dan IbuBapa
seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
9.
Hari ini menanam jagung,
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria
10.
Selamat datang ke :
Majlis Hari Konvokesyen Pusat Anak Permata Negara Teluk Intan, Perak 2012.
Saya Syahirah Hani binti Mohamed Ali akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.
Majlis Hari Konvokesyen Pusat Anak Permata Negara Teluk Intan, Perak 2012.
Saya Syahirah Hani binti Mohamed Ali akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.
11.
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
12.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur
Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama
berhimpun pada petang ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita.
13.
Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih
diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis
ini terutamanya kepada Yang Berusaha _______________kerana sudi meluangkan masa
dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini walaupun banyak urusan
rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau. Ucapan terima
kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi
sokongan kepada anak-anak dan pihak PAPN Teluk Intan. Semoga usaha kita semua
diberkati Allah.
14.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Kita teruskan
acara yang pertama kita pada petang ini, marilah bersama-sama kita
mendengar nyayian daripada kanak-kanak
PERMATA Teluk Intan bertajuk NEGARAKU,PERMATA
DAN HOREY-HOREY .dan disusuli Video Korpaorat Permata. Dipersilakan
15.
Diminta ibu
bapa berdiri untuk menghormati lagu kebangsaan kita
16.
************ (Persembahan).
17.
Terima kasih kepada kanak-kanak PERMATA yang telah
membuat persembahan sebentar tadi.
18.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: En Khairuddin Mod Nor. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: En Khairuddin Mod Nor. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
19.
*********** (Doa)
20.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En Khairuddin Mod Nor atas bacaan doa itu tadi.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En Khairuddin Mod Nor atas bacaan doa itu tadi.
21.
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
22.
Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama
Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama
23.
Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati Puan
Herdayanti binti abd manan Ketua Pendidik PAPN Teluk Intan untuk menyampaikan
ucapannya. Dipersilakan.
24.
************(Ucapan Aluan Ketua Pendidik.)
25.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan
Herdayanti atas ucapan tersebut.
26.
Kini, majlis mempersilakan pula Pengerusi Persatuan
Ibu Bapa Pendidik En Jaafar Bin mohd Nor untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
************(Ucapan Pengerusi PIBP.)
************(Ucapan Pengerusi PIBP.)
27.
Ucapan terima kasih kepada Pengerusi Persatuan Ibu
Bapa Pendidik En Jaafar atas ucapan tadi.
28.
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha
_______________untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis
Konvokesyen PAPN Teluk Intan 2012. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
29.
***********(Ucapan Perasmian )
30.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada __________________atas ucapan dan perasmian majlis
ini tadi.
31.
Hadirin yang dihormati,
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, anak-anak yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Acara yang seterusnya adalah penyampaian sijil konvokesyen kanak-kanak 4 tahun.
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, anak-anak yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Acara yang seterusnya adalah penyampaian sijil konvokesyen kanak-kanak 4 tahun.
32.
Terlebih dahulu, majlis menjemput Ketua Pendidik
PAPN untuk mengiringi Yang (PERASMIAN) ke atas pentas untuk menyempurnakan
acara. Dipersilakan.
33.
(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan
kanak-kanak 4 tahun)
di jemput adik :
1.
Aina Qaisara binti Khairul Azman
2.
Auni Nurqistina
Sofia binti Mohd Ashrul
3.
Nuraina Awliya
bt Rizal
4.
Ahmad Syaqil
Khan bin Hamid Khan
5.
Danial
Haikal Afwan bin Muhd Fairul Ridzuan
6.
Muhd.
Harith Firdaus bin Nurul Firdaus
7.
Muhd. Hariz
Bin Ridzuan
8.
Muhd Naim bt
Ismail
9.
Muhd.
Rayyan Iman bin Aerol Shahruddin
10.
Muhd.
Zafrul Zulqarnain bin Rusaini
34.
Tahniah kepada anak-anak kita.
35.
Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk
memberikan sedikit tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima
kasih kepada YB__________________kerana telah sudi hadir dan menyerikan acara
‘Majlis Hari Konvokesyen PAPN Teluk Intan 2012 pada kali ini. Terlebih dahulu,
majlis menjemput Yang Berusaha Pn Herdayanti Ketua Pendidik PAPN Teluk Intan
bagi menyempurnakan agenda.
36.
Untuk meneruskan majlis, marilah kita sama-sama
menyaksikan pakaian beragam kanak-kanak 2 tahun bersama ibu. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
37.
Persembahan pertama PUTERI dengan tarian Cha-Cha
38.
Persembahan kedua dari Daniel dengan tarian Joget
Pahang
39.
Persembahan ketiga dari Nadirah dengan tarian
Chalte-Chalte
40.
*********(persembahan kanak-kanak Permata 2 tahun)
41.
Acara yang seterusnya adalah penyampaian
cenderahati kanak-kanak 4 tahun.
42.
Majlis
menjemput WAKIL PERMATA untuk mengiringi (PPD) ke atas pentas untuk
menyempurnakan acara. Dipersilakan
di jemput adik :
1.
Aina Qaisara
binti Khairul Azman
2.
Auni
Nurqistina Sofia binti Mohd Ashrul
3.
Nuraina
Awliya bt Rizal
4.
Ahmad Syaqil
Khan bin Hamid Khan
5.
Danial
Haikal Afwan bin Muhd Fairul Ridzuan
6.
Muhd.
Harith Firdaus bin Nurul Firdaus
7.
Muhd. Hariz
Bin Ridzuan
8.
Muhd Naim bt
Ismail
9.
Muhd.
Rayyan Iman bin Aerol Shahruddin
10.
Muhd.
Zafrul Zulqarnain bin Rusaini
43.
Pihak majlis
berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai penghargaan dan
tanda ucapan terima kasih kepada WAKIL PERMATA DAN PPD kerana telah sudi hadir
dan menyerikan acara ‘Majlis Hari Konvokesyen PAPN Teluk Intan 2012 pada kali
ini.
44.
Dan acara seterusnya ialah penyampaian Sijil
Cemerlang Ibu/Bapa.
Pemilihan adalah berdasarkan sahsiah yang terpuji,hubungan baik antara rakan dan guru, mempunyai ciri2 kepimpinan yg baik dan mempunyai rekod kehadiran yang baik.
Pemilihan adalah berdasarkan sahsiah yang terpuji,hubungan baik antara rakan dan guru, mempunyai ciri2 kepimpinan yg baik dan mempunyai rekod kehadiran yang baik.
45.
Ibu Bapa pilihan hati pendidik2 PERMATA jatuh
kepada_________________
46.
*******PENYAMPAIAN CENDERAHATI
47.
Pihak majlis
seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai
penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada_______________ kerana telah
sudi hadir dan menyerikan acara ‘Majlis Hari Konvokesyen PAPN Teluk Intan 2012
pada kali ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Pn Herdayanti
Ketua Pendidik PAPN Teluk Intan bagi menyempurnakan agenda.
48.
Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima
kasih kepada_______________.Dengan ini majlis memberi hormat kepada . Yg
Berusaha_____________diiringi oleh Puan Herdayanti, ketua Pendidik PERMATA, En
Jaafar Pengerusi PIBP,Naib Pengerusi En Khairuddin dan tetamu VIP untuk menjamu
selera.
49.
Dari
Kedah ke bandar Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati
50.
Bagi
meneruskan majlis, anak-anak PERMATA berumur 3 tahun akan tampil ke atas pentas
untuk mempersembahkan tarian lagu bertajuk FLY-FLY
Butterfly. Mari kita saksikan gelagat yang comel dari mereka
51.
Pergi sekolah seawal pagi,
Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,
Penerima-penerimanya sabarlah menanti
Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,
Penerima-penerimanya sabarlah menanti
52.
Hadirin yang
dihormati sekalian,
Seterusnya, penyampaian sijil literasi kanak-kanak untuk pelajar terbaik dan BBM untuk ibubapa yang kretif menghasilkan BBM. Majlis menjemput PENGERUSI PIBP iring GURUBESAR untuk penyampaian sijil literasi dan BBM. Di persilakan. Marikan kita saksikan video.
Seterusnya, penyampaian sijil literasi kanak-kanak untuk pelajar terbaik dan BBM untuk ibubapa yang kretif menghasilkan BBM. Majlis menjemput PENGERUSI PIBP iring GURUBESAR untuk penyampaian sijil literasi dan BBM. Di persilakan. Marikan kita saksikan video.
53.
***********Penyampaian sijil literasi dan BBM
54.
Majlis
mengucapkan ribuan terima kasih kepada GURU BESAR atas kesudian beliau untuk
menyampaikan sijil literasi dan BBM
55.
Sekarang
kita akan menyaksikan Video untuk menentukan pemenang nya.
56.
Hadiah BBM Terbaik PERMATA 2012 jatuh
kepada_________
57.
Terima kasih
kepada (Nama Parents) kerana menghasilkan BBM yang kreatif dan inovatif untuk
tatapan dan pembelajaran anak2 PAPN Teluk intan. Yang lain jangan berkecil
hati. Tahun hadapan kita boleh cuba lagi.
58.
Untuk meneruskan
majlis, kita akan melihat persembahan kanak-kanak PERMATA diiringi oleh Cikgu
Maizatul. Majlis mempersilakan.
59.
Terima kasih kepada kanak-kanak 4 tahun yang telah
membuat persembahan sebentar tadi.
60.
Hadiah yang
paling dinanti-nantikan ibu bapa ialah
Pakaian Terbaik menikut tema yang telah di tetapkan oleh Pendidik PAPN Teluk
Intan,Perak.
61.
Pemenang nya adalah ....
62.
**** PEMENANG PAKAIAN TERBAIK 2 ORANG IBU DAN BAPA
63.
Bersyukur kini kami panjatkan,
Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan....
Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan....
64.
Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya
untuk saya selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga
menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata,
terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini. Dijemput tetamu makan
yang telah dihidangkan.
65.
Majlis berakhir penuh syafaat
Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.
Kalau ada jarum yang patah
Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit
Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.
Kalau ada jarum yang patah
Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit
66.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah
S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah
bernama insan.
Sekian wabillahi taufik.................. Hanie letak nombor sebab akan ingatkan hani. lepas selesai baca hani akan tick pada nombor. x da la lupa nak baca yang mana satu.
0 comments:
Post a Comment