BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 27, 2013

Kabaran baik dari Kami sekeluarga



Assalamualaikumu. apa kabar. lama dah x update blog hani. 
Memang x da mood sangat2 nak update cerita. tp dalam fikiran macam2 nak cerita..

Rasa Syukur ke atas rezeki yang telah diberikan...
 nak tau x apa dia...

.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.















Syukur Alhamdullilah. Apa yang dirancang telah termakbul..Amin.. 

Wafa Qistina akan jadi kakak lepas ni.

Lepas tau jer pregnet terus buka buku merah. Skrg ni x bleh tunggu lama2. nnt nurse marah. mana tak nyer kan. kalau dah sayang kandungan kita kene la care betul2. dapat vitamin. jaga bacaan darah dan urine. Masa buat buku agak lama juga la. Dari pg sampai Lunch our. Memang ramai. Dapat gak scan . Tapi masik kecik lagi. Next date jumpa untuk scan 23hb Januari lepas..


Sebelum scan untuk kali kedua da suruh minum glukos. Sebelum ni ada sejarah darah tinggi SELEPAS bersalin..tp time pregnent x da apa...dan juga skrg berat bdn berlebihan iaitu 85 kg. Doktor ckp hani Obes..tu yg minum GLukos..

Hari yg di tunggu tuk Scan. kn wat semua. amik urine darah timbang.....yeah turun 83.6..mana x nya. masuk minggu ke 9 preggy kali ni dah start alah. muntah2. sabar je la. tp masa nak g travel aritu amik ubat tahan muntah. lega sket. tp bekalan nak abis..kn la amik lagi...

Masa scan plg best.. tgk dah baby ada bentuk kepala dan badan. jantung masih kecik lagi. dan dah berdegup.yg kelakarnya hani nampak kepala terangguk2 macam zikir. n doktor pun cakap. eih anak you angguk2 la..huhuhuhu. mmg best time tu. KEbesaran Allah..


Sekarang ni kene banyak bersabar dan berdoa supaya kandungan sihat sehingga bersalin..ok nnt hanie update lagi

.
.

Friday, January 4, 2013

Teks Ucapan Majlis Konvokesyen Papn Teluk Intan 2012

Assalamualaikum. Jenuh nya nak update2 dalam blog ni. kemalasan yang melampau..huhuhu

X lambat lagi hani nak wish Selamat Tahun BAru 2013 pada kengkawan2, Blogger2 seluruh Dunia yer. 

Ari tu hani post gambar konvokesyen PAPN Teluk Intan. Kali ni hani nak share plak Teks Ucapan yang hani dah edit2. dulu pernah amik kat blogger. tp link dia dah x tau. kalau nak rujuk boleh la amik yer. moga teks hani ni boleh dapat membantu korang. 

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI KONVOKESYEN PAPN TELUK INTAN 2012

1.       Mengumumkan ketibaan pegawai (NAMA___________________ JABATAN___________NEGERI_________)
2.       ****PALUAN KOMPANG**** potong ribon
3.       ****KOMPANG GAMELAN**** VIP masuk
4.       Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk di tempat masing-masing
5.       Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
6.       BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T
Yang Berusaha _______________
7.       Yang Berusaha Pn Herdayanti Bt Abdul Manan selaku Ketua Pendidik PAPN Teluk Intan ,
Yang Dihormati En. Jaafar bin Muhamad Nor Pengerusi PIBP,
Yang Dihormati ________________, Yang Dipertua PIBG SKPBS.
8.       Pendidik-pendidik PAPN dan IbuBapa
seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
9.       Hari ini menanam jagung,
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria
10.    Selamat datang ke :
Majlis Hari Konvokesyen Pusat Anak Permata Negara Teluk Intan, Perak 2012.
Saya Syahirah Hani binti Mohamed Ali akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.
11.    Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri
12.    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada petang ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita.
13.    Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berusaha _______________kerana sudi meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih memerlukan perhatian dan kehadiran beliau. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak PAPN Teluk Intan. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.
14.    Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Kita teruskan acara yang pertama kita pada petang ini, marilah bersama-sama kita mendengar  nyayian daripada kanak-kanak PERMATA Teluk Intan bertajuk NEGARAKU,PERMATA DAN HOREY-HOREY .dan disusuli Video Korpaorat Permata. Dipersilakan
15.     Diminta ibu bapa berdiri untuk menghormati lagu kebangsaan kita
16.    ************ (Persembahan).
17.    Terima kasih kepada kanak-kanak PERMATA yang telah membuat persembahan sebentar tadi.
18.    Hadirin yang dimuliakan,
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: En Khairuddin Mod Nor. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
19.    *********** (Doa)
20.    Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En Khairuddin Mod Nor atas bacaan doa itu tadi.
21.    Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
22.    Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama
23.    Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati Puan Herdayanti binti abd manan Ketua Pendidik PAPN Teluk Intan untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
24.    ************(Ucapan Aluan Ketua Pendidik.)
25.    Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Herdayanti atas ucapan tersebut.
26.    Kini, majlis mempersilakan pula Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Pendidik En Jaafar Bin mohd Nor untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
************(Ucapan Pengerusi PIBP.)
27.    Ucapan terima kasih kepada Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Pendidik En Jaafar atas ucapan tadi. 
28.    Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha _______________untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Konvokesyen PAPN Teluk Intan 2012. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
29.    ***********(Ucapan Perasmian )
30.    Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada __________________atas ucapan dan perasmian majlis ini tadi. 

31.    Hadirin yang dihormati,
Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, anak-anak yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Acara yang seterusnya adalah penyampaian sijil konvokesyen kanak-kanak 4 tahun.
32.    Terlebih dahulu, majlis menjemput Ketua Pendidik PAPN untuk mengiringi Yang (PERASMIAN) ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.
33.    (Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kanak-kanak 4 tahun)
di jemput adik :
1.        Aina Qaisara binti Khairul Azman
2.       Auni Nurqistina Sofia binti Mohd Ashrul
3.       Nuraina Awliya bt Rizal
4.       Ahmad Syaqil Khan bin Hamid Khan
5.       Danial Haikal Afwan bin Muhd Fairul Ridzuan
6.       Muhd. Harith Firdaus bin Nurul Firdaus
7.       Muhd. Hariz Bin Ridzuan
8.       Muhd Naim bt Ismail
9.       Muhd. Rayyan Iman bin Aerol Shahruddin
10.   Muhd. Zafrul Zulqarnain bin Rusaini

34.    Tahniah kepada anak-anak kita.
35.    Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada YB__________________kerana telah sudi hadir dan menyerikan acara ‘Majlis Hari Konvokesyen PAPN Teluk Intan 2012 pada kali ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Pn Herdayanti Ketua Pendidik PAPN Teluk Intan bagi menyempurnakan agenda.
36.    Untuk meneruskan majlis, marilah kita sama-sama menyaksikan pakaian beragam kanak-kanak 2 tahun bersama ibu. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
37.    Persembahan pertama PUTERI dengan tarian Cha-Cha
38.    Persembahan kedua dari Daniel dengan tarian Joget Pahang
39.    Persembahan ketiga dari Nadirah dengan tarian Chalte-Chalte
40.    *********(persembahan kanak-kanak Permata 2 tahun)
41.    Acara yang seterusnya adalah penyampaian cenderahati kanak-kanak 4 tahun.
42.    Majlis  menjemput WAKIL PERMATA untuk mengiringi (PPD) ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan
di jemput adik :
1.       Aina Qaisara binti Khairul Azman
2.       Auni Nurqistina Sofia binti Mohd Ashrul
3.       Nuraina Awliya bt Rizal
4.       Ahmad Syaqil Khan bin Hamid Khan
5.       Danial Haikal Afwan bin Muhd Fairul Ridzuan
6.       Muhd. Harith Firdaus bin Nurul Firdaus
7.       Muhd. Hariz Bin Ridzuan
8.       Muhd Naim bt Ismail
9.       Muhd. Rayyan Iman bin Aerol Shahruddin
10.   Muhd. Zafrul Zulqarnain bin Rusaini

43.     Pihak majlis berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada WAKIL PERMATA DAN PPD kerana telah sudi hadir dan menyerikan acara ‘Majlis Hari Konvokesyen PAPN Teluk Intan 2012 pada kali ini.
44.    Dan acara seterusnya ialah penyampaian Sijil Cemerlang Ibu/Bapa.
Pemilihan adalah berdasarkan sahsiah yang terpuji,hubungan baik antara rakan dan guru, mempunyai ciri2 kepimpinan yg baik dan mempunyai rekod kehadiran yang baik.
45.    Ibu Bapa pilihan hati pendidik2 PERMATA jatuh kepada_________________
46.     *******PENYAMPAIAN CENDERAHATI 
47.     Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada_______________ kerana telah sudi hadir dan menyerikan acara ‘Majlis Hari Konvokesyen PAPN Teluk Intan 2012 pada kali ini. Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Pn Herdayanti Ketua Pendidik PAPN Teluk Intan bagi menyempurnakan agenda.
48.    Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada_______________.Dengan ini majlis memberi hormat kepada . Yg Berusaha_____________diiringi oleh Puan Herdayanti, ketua Pendidik PERMATA, En Jaafar Pengerusi PIBP,Naib Pengerusi En Khairuddin dan tetamu VIP untuk menjamu selera.
49.     Dari Kedah ke bandar Perlis,
Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati
50.     Bagi meneruskan majlis, anak-anak PERMATA berumur 3 tahun akan tampil ke atas pentas untuk mempersembahkan tarian lagu bertajuk FLY-FLY Butterfly. Mari kita saksikan gelagat yang comel dari mereka
51.    Pergi sekolah seawal pagi,
Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,
Penerima-penerimanya sabarlah menanti
52.     Hadirin yang dihormati sekalian,
Seterusnya, penyampaian sijil literasi kanak-kanak untuk pelajar terbaik dan BBM untuk ibubapa yang kretif menghasilkan BBM. Majlis menjemput PENGERUSI PIBP iring GURUBESAR untuk penyampaian sijil literasi dan BBM. Di persilakan. Marikan kita saksikan video.
53.    ***********Penyampaian sijil literasi dan BBM
54.     Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada GURU BESAR atas kesudian beliau untuk menyampaikan sijil literasi dan BBM
55.     Sekarang kita akan menyaksikan Video untuk menentukan pemenang nya.
56.    Hadiah BBM Terbaik PERMATA 2012 jatuh kepada_________
57.     Terima kasih kepada (Nama Parents) kerana menghasilkan BBM yang kreatif dan inovatif untuk tatapan dan pembelajaran anak2 PAPN Teluk intan. Yang lain jangan berkecil hati. Tahun hadapan kita boleh cuba lagi.
58.     Untuk meneruskan majlis, kita akan melihat persembahan kanak-kanak PERMATA diiringi oleh Cikgu Maizatul. Majlis mempersilakan.

59.    Terima kasih kepada kanak-kanak 4 tahun yang telah membuat persembahan sebentar tadi.
60.     Hadiah yang paling  dinanti-nantikan ibu bapa ialah Pakaian Terbaik menikut tema yang telah di tetapkan oleh Pendidik PAPN Teluk Intan,Perak.
61.    Pemenang nya adalah ....
62.    **** PEMENANG PAKAIAN TERBAIK 2 ORANG IBU DAN BAPA
63.    Bersyukur kini kami panjatkan,
Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan....
64.    Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk saya selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini. Dijemput tetamu makan yang telah dihidangkan.
65.    Majlis berakhir penuh syafaat
Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.


Kalau ada jarum yang patah
Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit
66.    Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Sekian wabillahi taufik..................                                                                                                                                                          



Hanie letak nombor sebab akan ingatkan hani. lepas selesai baca hani akan tick pada nombor. x da la lupa nak baca yang mana satu.