BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 23, 2012

Tragedi Oktober Trolak TImur

Assalamualaikum.
Maaf sebab dah lama x update cerita terbaru...
Alhamdullilah rezeki craft x putus...tu yang x sempat nak buat entry...

Allah Maha besar..kita sebagai manusia hanya merancang. Allah yang penentu segala perancangan. Ada hikmah di sebalik kejadian apa yang berlaku pada khamis 18.10.2012 lepas. 


Kejadian ni berlaku di rumah Pak Mentua(FIL) hani di Felda Trolak Timur
sekarang musim hujan. Tebing tu baru 2 bulan siap. Tapi kejadian ni x dijangka. akhirnya runtuh dan terkena pada jiran sebelah rumah. tepi2 tu semua nya bilik. 
SYukur alhamdullilah kejadian itu berlaku selepas isya. tiada siapa tidur dalam kesemua bilik. Tuan rumah semua selamat.


MIL telefon suami hanie. cadangnya nak tengok keesokkan hari. lepas tu abang sulung suami hanie dari Ipoh dia nak dtg malam tu juga. kami pun balik juga malam tu. 
HAti mana x sayu tengok kejadian ni. Fikiran jadi rungsing memikirkan banyak hal. nak tanggung kerosakkan rumah jiran sebelah. nak tanggung baiki benteng pagar yang runtuh.
Esoknya hari jumaat. ramai yang datang tengok keruntuhan tembok. 
Pegawai2 Felda datang tengok. Syukur Alhamdullilah FIL dapat bantuan untuk baiki tembok dan jiran sebelah dapat rumah baru.Semua kontraktor yang buat.
Jom tengok ..

Didalam bilik

Dari rumah jiran

Gotong royong jiran2

Suami kepenatan

Ya Allah. setiap kejadian yang berlaku ada hikmah. TAbahkan hati kedua ibu bapa mertua ku. Segera kan segala urusan dengan baik. AMIN...


Monday, October 8, 2012

Kami dah ada anak angkat.


Assalamualaikum...

cer cuba baca dulu entry ni...mesti terkejutkan..dah ada anak angkat...

Ok. bahagian belakang ni rumput2 dah lama beracun...jadi daun kering..kami bakar dulu. nak kemas2kan tempat kawasan belakang.. ni waktu dalam pukul 7 pagi..cuaca redup lagi..

Ok Pak mentua dah mai..siap bawa kayu kayan siapkan projek...Suami hanie membantu...Hampir siap dah ni..buat teduh untuk anak angkat kami..

Dah siap ada plak budak dalam tu..hahahha..Wafa Qistina yer dalam tu...lepas jer siap2 dia terus tolak kayu pintu tu. Semua terkejut terutama skali hanie. masa bila plak dia tau buka penahan pintu kayu..lepas tu terus masuk...Ayahnya terus amik sebab takut paku2 kat dalam tu..Dia x mo keluar..terpaksa la tarik perlahan2..

Akhirnya keluar juga budak ni..Ingat buat pondok tuk dia kot...

Malam tu juga kami amik anak angkat kat rumah pak mentua...

Hanie perkenalkan 
.
.
.
.
.
.

.
.CIK YAM 
.
.
.
.
.
Maka bermula la bagi makan dan minum pada dia..sediakan tempat bertelur..Agak riuh juga dia berkokok..bila dia berkokok mula la ayam lain berkokok. macam pertandingan..

Seharian kami jaga dia. makan berhasil la. sebiji telur yang kecik comel. kesian dia x da tempat nak mengeram dan bertelur...Tadi balik tengahari dah ada tempat bertlur..boleh la cik yam betina bertelur ngan aman..

ni la hasilnya..Perbezaan telum ayam kampung dan telur beli kat kedai..









PAPN-Tema KEnderaan bulan September


Assalamualaikum...

Ni tema bulan lepas. Hanie lambat nak updated.Tema ialah Kenderaan. ada Udara,Laut,Darat..

 
Ni contoh2 jenis kereta. Ada Van, Pajero,Lori Sampah dll

Ni replika kapal terbang.. Salah sorang parents buat aktiviti...fuhh memang kretif la...x tercapai akal ku...

Yang bahagian belakang tu kenalkan kenderaan guna gambar2 sahaja..

Atas ni kanak2 4 tahun main warna...lepas tu kaler pada tayar mainan dan lorek2kan pada kertas..menarikan ..
 



Kaki Ayam....Wafa Qistina Suka


Assalamualaikum...

Anak2 korang suka x makan kaki ayam..

Hani n suami suka sangat makan kaki ayam.kalo beli banyak2 buat sup la sedap..

ni hani cuba bagi wafa makan. mula2 agak takut. Tapi hani tunjuk kan hani makan dengan sedapnya. mula la dia minta nak makan juga...hani dapat snap dia tengah makan. banyak kali tangkap..tapi ni jer yang jelas..


Thursday, October 4, 2012

Cuba Teka


Assalamualaikum..

Mood pagi ni tengah tunggu jamuan makan tengahari sempena Majlis Persaraan officemate hanie..

Sambil2 tu sajer nak cerita my pokok mangga depan rumah...

 
Ini la hampir setahun tumbuh depan rumah hanie..Berazam dapat makan buah mangga banyak. Semalam buat Kerabu mangga n perut. lepas tu makan plak mangga muda cicah ngan kuah rojak..alamak kecur air liur ni..heheheh..

Suami hanie cakap lepas ni susah dah nak amik mangga muda kat ofis dia sebab dah tinggi2 jer yang tinggal. nak amik susah..ada kerengga plak tu. ok x per...memang puas seminggu dua ni makan mangga muda...ranggup..


Balik dari tempat keje mcm biasa la suami hanie belum sampai lagi. kene la buka pintu gate....lepas tu belek2 pokok mangga...kot2 la dah berbunga2...nampak daun ada yang rosak2...

Lepas tu korang perasan x ada apa kat 2 helai daun2 ni
v
v
v
v
v
v
v


x perasan kan kalo mula2 tengok....
 jom zoom lagi..
v
v
v
v
v
v
v


Masa ni x tau apa benda..tengok dekat...ulat menyamar daun mangga...
Kalo sentuh mesti gatal2 kan...
Hanie x mau Qistina tengok. memang dia akan sentuh...

Suami hanie balik suruh dia cari ada x ulat. ..dia x perasan gak..sampai la hanie tunjuk kat dia. Dia cakap ulat beluncas nak buat kepompong.. betul ker...hanie pun x tau..

pokok limau kasturi pun habis dimakan nyer...sampai tinggal ranting...bawa pula tanah belakang..nak kasi tumbuh2 daun dan berbunga dan jadi buah...


Wednesday, October 3, 2012

Jamuan Raya JPJ 2012


Assalamualaikum..
Entry ni tersangat la lambat nak keluarkan. Sebenarnya hanie tunggu gambar 1 family besar JPJ. gambar beramai2..
Syukur sangat2 sebab jamuan ni diorang panggil juga orang yang bertukar tempat lain dah. Macam hanie ler..
Jamuan ni amat simple tapi meriah. dapat jumpa kawan2 yang dah tukar tempat lain..Hanie bawa Qistina sekali. lepas balik keje terus amik dia. Amik masa kalo singgah rumah dan hantar dia. Baik bawa dia terus. 

Ni kami 1 meja sibuk menyembang.

Macam2 makanan dia..selera.

Suasana sekitar Jamuan Raya

Qistina selera makan makanan kat situ

ni la penyeri kaunter JPJ ketika dulu2 jer. skrang dah bertukar

ni paling best bila bergambar..

Tuesday, October 2, 2012

Soalan Ujibakat Money Drop Astro


Assalamualaikum. Apa kabar?
citer ni lepas dah..tapi x sempat nak wat entry.
15 September lepas hanie sangup turun KL semata2 nak ujibakat Money Drop...Gambar x da sebab HP plak dah abis baterinya..masa datang fuhh ramai nyer..ada harapan ker..

Alhamdullilah syukur dapat gak nombor...
Borang dah siap print kat internet..gambar dah siap cuci..I/C dan siap phostostet...Abang hanie plak tgk gambar dah ada..Langsung x tanya salinan I/C dia...dah naik lif ke tingkat 29 baru mintak Salinan I/C kat Long..boleh dia cakap..ala long x bawa la..x photostet lagi. x per..bg gambar boleh..Masa tu menyirap la....Berdiri berjam2..ingat dokumen dah siap...tu jer x photostet...masa tu ingat lepas atau x tak tau la..Masa nak daftar masuk..crew tu cakap x per la..awak dah dpt nombor. kalo dapat bg salinan I/C kat dia...

Masa masuk bilik jawab soalan pasangan kene asing2.. dalam tu x silap 28 pasangan jer..
Ni la antara soalan yang hanie ingat..


1              Siapakah nama kumpulan yang munggunakan nama vokalis.-Bon Jovi kot..
2                 Kenderaan apakah yang dikenali “DAS AUTO” Wolksagen
3.               Siapakah vokalis yang tukar
4.       wilbur and wright mencipta apa (kapal terbang)
5.       Siapakah Huey, Louie dan Dewey. (anak sedara Donald Duck)
6.     Siapakah bukan penyanyi american idol
7.     Apakan Perkataan MERCI dalam bahasa perancis (terima kasih)
8.     Bahasa PArsi dari Negara mana
9.     Negara mana yang tidak dijajah
10 Sudirman disemadi dimana
11.   Fiat berasal dari mana
12.   Ibu Negara Asutralia ialah
13. Jim carrie berlakon dalam watak mana-semua filem Batman dia bagi tapi x tau

ni yang hani ingat la...yang lain x ingat... Kalo korang rasa2 dapat x jawab semua soalan ni..Insyaallah Next year akan cuba lagi...tapi ngan orang lain...
 




Monday, October 1, 2012

Blog Pilihan Apa KAta Wanita


Assalamualaikum.. Apa khabar...seminggu hanie x update blog hanie... Memang busy kat tempat keje ni.. Sekarang ni dah kene tanggung kerja..lepas tu kene amik alih kerja orang yang cuti.Sebab dia kawin..so 3 kali ganda.. Nak update blog rasa serba salah sebab kerja nak kene settle dulu...ptg2 pun x sempat juga..emmm..Hari ni baru lega sebab fail2 dah x da..Yeah..

Pada 23 September lepas Blog hanie terpilih dalam segmen Blog Pilihan Apa KAta Wanita TV1..THANKS A LOT sapa2 yang sudi baca dan follow blog hanie...Memang x sangka..pada mulanya sekadar cuba sebab x tau bila nasib blog ni terpilih..Alhamdullilah 2 hari jer dah dapat email dari Sakinah..memang menjerit la kat ofis..hahah baru blog masuk TV kalo tuannya masuk TV histeria gamaknya.. 

Hari Ahad yang ditunggu..SMS kengkawan suruh tengok TV1...bila dah nak start hanie mula record kat HP..emmm x cantik langsung...nyesal...tapi SYukur la Muka Hanie,Wafa Qistina n Suami hanie masuk TV..Glamer kejap jer...

Dan SYUKUR alhamdullilah bila ada sorang customer ni nak tempah bantal kecik comel ni kat hanie...Rezki2..ni tengah pulun2 siapkan order org...

MAcam MAna Nak Terpilih dalam segmen Apa Kata Wanita TV1..

Make sure korang ada blog yang menarik.meletop lain dari yang lain..

email ke akwzamzarina@gmail.com

boleh la tengok blog Zamzarina