BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Thursday, September 11, 2014

CUBE WARDROBE yang sangat comel

Assalamualaikum. Macam ni la cube wardrobe. kalau search kat internet memang susah sket nak bayangkan besar mana. ok. korang2 bolah tau besar mana ye.. elok la beli 9 cube. kalo 12 mesti lagi tinggi.

Hani terima kotak yang sederhana besar dan berat..

dalam ni dibekalkan penukul kayu dan bulat hitam untuk sambungan slide dia dan magnet.


yang gambar2 kartun ni sebagai penutup



minta jasa tolong suami . pasang ni sampai 2 hari. kalo ada anak2 x sempat..


si wafa plak tu dah sibuk tanya.
Wafa: ayah..ayah..ni siapa punya..

Ayah: tu adik punya. nak letak baju2 dia dalam tu. wafa kan dah ada.

wafa: ala..wafa nak juga. wafa nak gambar PONY..

hani: wafa kan dah ada almari baju warna biru. cantik tau.. 

terus dia diam dan main. kalau kita tak perasan memang dia dok dalam cube tu. apa lagi ..menjerit la ..wafaa...jgn dok dlm tu. nnt pecah. terus dia bangun..leps tu dok la buka n tutup pintu..emmm.anak2..tgh explore..

bila hari cuti siapkan bilik yang bersepah2 tu clearkan lipat baju semua. baru masukkan wardrobe ni.. tak lama lagi bilik ni untuk anak2 dara saya.hehehe. share la korang bertiga dalam ni ye. 




9 cube ni ada tempat penyidai.. 
harga RM155. beli dekat kawan hani




















Monday, September 8, 2014

Sekitar Majlis Pengebumian MH17 Teluk Intan

Assalmualaikum
2hb september 2014
Penerbangan yang ketiga membawa jenazah MH17.
Allahyarham Firdaus disemadikan di Teluk Intan. dari KLIA ke Teluk Intan naik Helikopter. Bila dengar helikopter dekat padang Speedy Teluk Intan, terus hani pergi tengok. Ramai membanjiri padang tu. Yang naik kereta memang sesak la. Tak boleh jalan

Jenazah pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Muhamad Firdaus Abdul Rahim selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Daerah Hilir Perak di sini pada pukul 12 tengah hari.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Al Naim, Taman Seri Setia di sini

Muhamad Firdaus Abdul Rahim merupakan pembantu juruterbang penerbangan MH17. Beliau adalah anak bongsu daripada lima beradik dan sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27 pada 21 Julai. Beliau dilahirkan di Hospital Teluk Intan dan mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa sebelum berpindah ke Ipoh. Muhamad Firdaus mendirikan rumah tangga pada tahun lepas namun belum dikurniakan cahaya mata.

Masa ni Helikopter baru sampai. Hani terus dekat dengan Van jenazah





tak silap pakai baju kuning hijau2 ni RELA. pakaian baru rasanya.





Sayu tau bila tengok keranda jenayah allahyarham . 








Sultan Perak, MB Perak , DUn semua berkumpul dan bertafakur.







Ambil kenangan bergambar dengan helikopter. Bukan kami je tau. ramai yang amik gambar.

di kubur plak husband hani yang ambil gambar. sebab dia terlibat kerja2 JKR ni. 





Alfatihah pada semua mangsa MH17

Wednesday, September 3, 2014

sELAMAT haRI meRDEKA 2014


Assalamualaikum. lupa laa nak updated gambar MErdeka..

DISINI LAHIRLAH SEBUAH CINTA..
Selamat AHri Kemerdekaan yang ke 57

MERDEKA

MERDEKA

MERDEKA

Tuesday, September 2, 2014

Parti HAriJadi Tema Frozen- Biru Putih

Assalamualaikum. hujan petang harini. lebat..hujan rahmat..
Petang2 ni hani nak ceritakan Tema hari jadi twin. iaitu FROZEN. sekarangkan tengah hot cerita tu. tapi kalau bagitau pada twin ni bukannya tau..mak nya saja suka2 nak buat.

memandangkan tema biru. nak juga la Air Biru.Aiskrim biru(x sempat nak snap gambar), Kek princess biru putih, Coklat kecik2(request biru tapi x da,hanya hitam dan putih je),Agar2 LUMUT biru(mak sanggup beli pewarna biru), hiasan dinding pun biru.

Air buat 2 jenis. sebab air biru tu air Gas. order dekat kawan hani. buatan sendiri.


KEk Princess RM85 dan Coklat bunga hitam putih RM30


Agar2 Lumut biru


Keropok roda. Hasil contengan dekat plastik tu. buatan hani sendiri. kartun Olaf FROZEN





Hiasan Dinding yang sangat simple. kalo ikutkan nak je hias2 belon. tapi mana nak sempat tiup..  Yang Snow flake tu hani seacrh kat internet. korang2 boleh buat sendiri. 

pergi kat laman web SINI


Kos Parti HariJadi

TAJUK                   :               MAJLIS KESYUKURAN SAMBUTAN HARI JADI DAN RUMAH                                                        TERBUKA   AIDILFITRI
TARIKH                 :               23 OGOS 2014 (SABTU)
MASA                   :               4.00 PM – 7.00 PM
JEMPUTAN         :               100 ORANG
TEMA                    :               FROZEN BIRU PUTIH

KEPERLUAN
1       1 BUAH KHEMAH – RM150
2      SPEAKER KECIL- tak sempat nak guna
3       GOODY BAG- Keropok roda Olaf 1 kg RM 13.50x2 =RM 27
       DECO-DECO
a.       Hiasan Cutting Cake- Meja bulat kecik
b.      Hiasan Dinding –kertas biru RM 3.00
c.       Crepe paper Putih Biru 1 keping RM 0.40x RM 3.20- Tak guna
d.      Manga ramburamba RM 1.50 x 2 = RM 3.00 guna 1 je
e.      Belon biru putih 1 PAKET 10 pcs RM3.50 x4 = RM 14 tak sempat nak tiup  banyak2. last2 bagi kat budak2 yang tak tiup.
f.        Sticker oren – RM 0.50x1 = RM 0.50
5      MENU
a.       Nasi Lemak
b.      Bihun Tomyam 
c.       Buah Tembikai susu  3 biji
d.      Nasi Impit  (bahan2 a,b,c dan d RM300)
e.      Kuah kacang –RM30
f.        Kek Princess Tengku Shazwani – RM 85
g.       Kek Coklat Moist – RM 30
h.      Air Bikarbonate Wan Sue 10 liter – RM14
i.         Vitagen 50 botol - RM40
j.        Aiskrim biru 5 pck (1 pack 10 btg) RM 2.50x4 = RM10.00
k.       Coklat kecik kak saadah – RM30 (100 biji)
l.         Karipap 60 ketul – RM 20
m.    Air mineral kecik– 96 botol = RM10.90 x2 =RM21.80
n.      Air teh o stok dirumah
o.      Agar – agar telur - mak buat
6.       KELENGKAPAN
a.       Plastik hitam 1 bungkus – RM2
b.      Cawan kertas (25pcs)  – RM 7.20x6 =RM 43.20 (tp dlm resit RM7.20)
c.       Pinggan kertas sederhana 2 bungkus (100pcs) – RM7.90x2=RM15.80
d.      Mangkuk 2 bungkus (100s)– RM7.90x2=RM15.80
e.      Pinggan kertas Warna (20s) RM2.90x2=RM5.80
f.        Tisu RM0.8x5 = RM 4
g.       Sudu plastic – RM 1.50x2=RM3
h.      Garfu plastic – RM1.50
i.         Plastic olaf gody bag 250gm rm 2.40x2 = RM4.80

Anggaran keseluruhan sebanyak RM877.40.  
sesekali belanja kenduri macam ni. Bawah RM1000

Double Licious by Tengku Shazwani. Bakers Teluk Intan

Assalamualaikum. sini hani nak kenal kan Bakers orang melayu di Teluk Intan. tak yah pergi kedai2. order je nak kek dan hiasan macam mana. 
tapi self pick up di rumah dia. 
Banner ni di dekat pagar depan rumah dia. nak kek terus contact dia.


Antara yang hani pernah order ialah Kek Princess- harga RM85


Baked potatoes 1 bekas RM10. ada inti daging dan ayam. memang laris dia jual ni dekat teluk intan. sehari mau 50 pack dia buat.


haaa..yang ni. yang ni.. memang sedap. Cream Puff. keluar dari peti ais makan ni..fuhh sedap sungguh. ada 2 perisa. hani amik campur2. custard dan coklat. coklat dia mcam rasa eskrim. memang sedap. 1 bekas RM35 untuk 35 ketul cream puff.





Majlis kesyukuran,Jamuan raya dan Birthday PArty

Assalamualaikum. 2 minggu lepas hani ada buat jamuan raya dekat rumah. SYukur Alhamdullilah apa yang dirancang berjalan dengan lancar. syukur sangat. 




Jemputan Majlis seramai 100 orang. start majlis pukul 5 lepas solat asar. Ajak orang masjid dtg kerumah untuk bacaan doa selamat. masa ni mendung2 nk hujan. penuh juga la meja semua orang duduk. time tu dah kelamkabut.. last minute persediaan. 


Selesai doa terus semua g makan. masa rumah hani adalah kenduri rumah kedua. patut la lambat sket datang..
Makanan yang kami hidangkan Bihun/Ketiauw tomyam, Nasi lemak sambal ikan bilis,Nasi Impit kuah kacang, SAyur Pecal,Agar2, Karipap.


Mak hani dan mak mertua berbaju Biru. menepati colour tema.hehehhe. tapi kan..lupa laa nak amik gambar beramai2. busy melayan tetamu.




ni wall deco. amik masa 10 minti je nak siap. pkl 4.30 baru nak tampal hiasan ni.


amik gambar buat kenangan dengan kembo2 kesayangan. susah sket nk amik post diorang senyum. tengok gambar balik si wirdani senyum besor. wardina maintain sifat manja dia.


korang dah besar ummi x leh la nak angkat2 dah.




Amik gambar para tetamu. abang ipar dan adik ipar dengan anak2 dia.


pak cik bersongkok dan isteri dia datang kerumah. memang terkejut.hehehe. diorang ni jiran rumah sewa lama hani dulu. diorang memang baik. abaikan dibelakang yang x sempat nak kemas. memang bersepah2.


Azhar dan family. kawan sekerja husband.



Terima kasih pengasuh2 Taska Okid. pengasuh wafa dan si kembo. Ramai yang datang.. terima kasih banyak2.












Kek order dari kawan hanie. fb dia ; TENGKU SHAZWANI. harga kek princess ni RM85. kek coklat memang sedap. coklat yang belakang tu order dr jiran hani. 1 ketul 50 sen je.. owner nya gambar di bawah bertudung biru










Kemain susah nak pegang tangan diorang. 

Syukur alhamdullilah saper2 yang hadir ke majlis yang sangat simple ni. puas hati sebab masak sendiri dan deco2. 
hani ada buat belanjawan harijadi ni. nnt hani post.
*husband hani dia kata tak mo masak2 dah. penat ooo katanya. sebab dia yang masak tomyam.