BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts

Monday, March 3, 2014

Majlis Potluck untuk budak last praktikal

Assalamualaikum. Cerita jumaat lepas. idea dari hanie.heheh buat jamuan potluck untuk budak praktikal. last jumaat lepas. sebulan di MAhkamah. 


Masing2 bawa makanan. tak kesah la nak bawa apa. HAni beli roti canai dan bawa daging masak kicap. sory ye daging tu x lembut plak.. tu pun lambat habis sbb ada makan yang sangat2 best. Kali ni banyak kek. Lauk2 sikit je. sayur pun x da. 


PAgi tu dah start makan. orang akan amik makanan yang best2 dulu. betul tak. hani makan kek pagi2. pergh sedap2 semuanya.




bos HAkim baru kat Teluk intan. Sempoi je orang nya.


NI hadiah nya. Kawan hani dia order bantal dari hanie. 

Hani bagi coklat keychain nama je




Sesi bergambar last bersama2 dengan afiqah


ok. Hani pun nk interprame..hahahha.


To afiqah. Semoga berjaya didunia dan kekal di akhirat kelak. terima kasih ye.









MAKANAN BEST DI TELUK INTAN- kedai makan bumbumbung biru Sabirin

Assalamualaikum.

Jom. pagi ni kita makan di kedai BUmbung biru no 13. sebelah dengan Menara Condong Teluk Intan,Perak.



Nama Owner ni En Sabirin. tukang masak isteri dia. Makanan dia memang sedap2. tapi hani suka sangat beli bubur kat sini. memang memikat la.
Disebabkan hani ni banyak makan. hani bawa bungkus skali. hani dok makan sorang2 kat situ. hani order air suam dan 


Roti Telur Gegar..





Memang gegar telur ni..hahahha
 dan bungkus bawa ke ofis Bubur Nasi
Antara bahan2 bubur nasi ialah
Nasi kosong
Ayam goreng
Telur MAsin
KAcang
Ikan bilis
Sup SAmbal kicap
Korang sebenar boleh request nak ayam atau x. 

Harga bubur ni RM4.50
hani request bekas besar 4segi. mula2 beli bekas bulat kecik. tau la kan selera ni nak banyak je. next order hani minta bekas besar sikit.



Friday, February 7, 2014

MAKANAN BEST DI TELUK INTAN- LITTLE KITCHEN

Assalamualaikum. Plihan makanan di teluk intan adalah Little Kitchen area Taman Melor. Kedai ni sederet dengan Karnival dan Biosys. Nak nampak gambaran jelas landmark ialah dekat dengan balai pilis daerah hilir perak.
Hani dah 2 kali pergi kedai makanan ni.
1st time bila lepas beli botol susu Twin dkt kedai baby wonderland.
Masa tu pun mencari tempat makan. dan ni la pilihan tempat nya.'

ni Menu nya. maaf ada gambar senget2.




Banyak makan pilihan yang sedap2. permulaan hani order makan 




Pak Cham KAi( Chinese Steamed Chicken)
Rasanya boleh gak tahan la. tapi nampak pucat je.


Kawan hani order nasi ayam. 


DAn kawan hani lagi sorang amik Bihun Singapore. Tapi x snap pun gambar tu.


Ni suasana kedai tu. Memang besar dan bersih. ada owner kat situ. sempat berkenalan. rupanya cikgu



. Kalo korang rasa tunggu makanan nk siap boleh la baca majalah2 yang disediakan. ni bukan untuk di sewa. 



Ni hadapan kedai. senang korang nk kesana.




Ok untuk makan kali kedua waktu malam hani ajak husband makan. sebab tu alang2 keluar hantar orang order LAVA CHEESE CAKE.(nnt hani update pasal ni) dekat hospital teluk intan. tu yang ajak husband. 

Cabaran bila bawa twin makan kat luar.


Angkat diorg masuk dalam car seat. dan letak atas meja. nasib baik diorg duduk senyap je.
Hani pilih makan dalam restoran aircond. sebab situ meja bulat besar. senang nk letak twin.

Malam tu husband hani makan NAsi goreng. jenis dia lupa plak.


Hani order Dim sum 2 bekas. sebekas RM2.50


dan hani orset ketiauw sup special


Ni gelagat KAk yong. x mo duduk diam







SELAMAT MENJAMU SELERA.


Thursday, January 9, 2014

DIN MENTARANG Kuala Selangor

Assalamualaikum.

Bila balik Shah Alam hani selalu lalu Hutan melintang Sabak bernam Kuala Slengor Meru..
memang best jalan situ. Memang jimat tol. kalau ikut tol dah kene bayar. Purata masa balik shah alam jalan highway dan jalan lama sama je. dan lagi best ikut jalan lama sebab stesyen minyak banyak. lepas tu deretan tepi2 jalan macam2 orang berniaga. Kekabu,JAgung,Mentarang, Buah-Buahan dan lain2.
Kalau ikut Highway kiri kanan hutan je. x best kan.

sepanjang kami duduk teluk intan balik shah alam tak pernah nk makan dan beli mentarang ni. (dulu pernah makan sekali dlm 7 thn lepas).
Lepas tu husband ajak makan mentarang yang ada kedai makan. Bos husband hani sugest DIN MENTARANG. kalau dari teluk intan ke Shah Alam kedainya belah kiri. so boleh laa perlahan kan kereta sebab nk tengok kedai punya pasal.

OK. dapat gak jumpa.


dan lagi satu. Bos husband hani cakap sepinggan RM7. bila kami tanya sepinggan Mentarang Bakar RM16. terkejut jap. adkah dia tengok kereta atau suka2 letak harga. tapi nk buat macam mana kan. Dah sampai x kan nk cari tempat lain. kena la makan kat situ.



Ni sekitar dalam kedai.


Mentarang dalam kolam untuk pembersihan 



ni sementara menunggu mentarang bakar.



Bila tengah menunggu kami disajikan sepinggan buah2an. Best kan.



SAmbil2 tu tengok buah-buahan kat luar. dapat beli Mangga 1 1/2 kilo. harga sekilo RM14. amik ko memang mahal. bila makan masam gila buah tu. x manis.


Mentarang dah sampai. jom menikmati


Tengok sape yang eksaited nk makan. si kecik mata bulat tengok ayah nye makan





OK. saper2 nk pergi makan pergi laa yer. selain DIN MENTARANG ada tempat lain juga.