BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 25, 2014

BANGKIT 2014 SHAH ALAM 9 MAC 2014

Assalamualaikum.

9hb Mac 2014 Pergi ke Seminar BANGKIT 2014 Dr Azizan OSman di Seksyen 7 Shah ALam
Hani ajak kak diana dan husband dia pun join skali.


Untuk register 3 orang FREE je.
Ilmu dapat free harus la ambil peluang kan
bukan senang.
Hani dapat amik gambar ni je . sebab ramai sangat dan sesak.
BAnyak ELMU yang belajar.
Balik Shah ALam umah mak
tetiba adik hani pun cakap dia join. mmg x percaya sebab kalo nk ajak dia join program ni pun confirm x mau . NI pun BFF dia paksa. hani ikut kete dia naik kancil senang. Dah sampai pn pkl 7 lebih. orang sesak ramai. malas nak paking dalam. nnt nak keluar susah. Kami paking depan pintu keluar. jalan kaki sikit je. 
Suami dan anak2 mak abah adik n abang hani jaga. meragam juga la deme ni . nak opah je.pkl 1 lebih terus balik sebab lepas rehat pkl 2 tu ada sesi taklimat untuk saham. tapi x da rezeki untuk mendegar lagi. Insyaallah akan datang mesti kene dengar.
Akhir program tu Doc ada program IMKK. Intensif Magnet KEjayaan dan Kekayaan. Bayaran pun x mahal sangat untuk 3 orang. Balik tu buat keputusan samada nak pergi atau tak. ALhamdullilah husband terpaksa rela mengizinkan. Twin ada sorang akak ni yang jaga. dia sanggup. tapi penat juga la jaga 3 orang baby.

Monday, March 17, 2014

HI TEA bersama USTAZAH HAFIZAH MUSA

Assalamualaikum.

ceramah ni dah 3 minggu lepas. Baru nak update. heheh. sory.
HAni dapat jemputan dari mak cik hani. dia ada tiket. apa lagi minta izin kat husband. n dia bagi pergi. 
Hani bawa Kembo ni g skali. i know diorang ni baik sekali kalau di luar. 
Alhamdullilah  sepanjang ceramah tu x da la menagis kuat sangat.


Majlis start pukul 3 petang. Tengok diorang. senyap je kan.



Muka pun nampak mengantuk.


Posing skit.hehehhe




Majlis ni buat di Arena Square Teluk Intan, Perak.
 mula2 nasyid dulu. x ingat dari sekolah mana


Dah lama2 tu dua2 tido. 



Majlis pun start. sopan je suara Ustazah tu. tajuk dia lebih kurang didik anak ..rugi x bawa nota untuk take note. memang rugi.


masa dah nak abis majlis bahang petang mula rasa. diorang dah x selesa. hani bangun dan pergi ke belakang. tengok jualan2 yang best. beli roti je.

Balik tu deal dengan kawan ofis lama. CC asyikin dan kak biah. ajak minum skali.
Sebab CC asyikin x pernah tgk twin ni lagi.


CC asikin with Wirdani


Kak Biah dengan Wardina



Kerabu Telur

Assalamualaikum

nak share resepi En Suami tersayang buat.
Alhamdullilah dapat suami yang sangat2 memahami isteri ni. Serius hani cakap semenjak ada baby kembar ni hani jarang sangat masak. Kalo masak amik masa yang lama. iye la kan. Balik keje Twin ni nk kita menghadap diorang. Menyusukan diorang.
Hanie akan bg tugas memasak pada suami. tapi segala kebersihan dalam rumah hani yang buat. pasti kan rumah kemas utama bagi hani. Balik kerja je terus kemas rumah, mengemop. Pkl 6.15 baru amik anak2 dekat taska. masa tu memang rumah dah siap bersih, dah solat asar dan mandi.
.
rumah kemas kejap ye hokey. Malam rumah dah nampak bersepah. adoi. cepat la membesar anak2 ku sayang. hehehe. 

ok balik dari tajuk .





Resepi Kerabu Telur.

Telur 3 biji + garam= Goreng sampai masak dan hiris

Bawang besar + Epal Hijau + Bunga kantan +Cili Padi +Tomato = hiris-hiris.

Semua bahan bahan yang dihiris  gaulkan sekali dengan Sos Ikan,Gula,Garam

Lepas tu rasa sikit. Pergh Sedap.

SELAMAT MENCUBA




jom baca Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)

Assalamualaikum.


Jom baca buku yang manfaat.
Hani share kan apa yang hani baca untuk perubahan diri ini.
buku mini MMR tu hani dapat dari kawan hani. dia buat majlis kesyukuran anak dia. Alhadullilah syukur sangat dapat buku ni. dulu hanya pandang je. dan tak penting nak baca sangat.
Lepas tu pintu hati tergerak nak baca. iye la.dapat barang free. kene la baca.
seronok nya baca. lepas tu adik hani cakap dia ada buku tu. dia kata banyak. kenapa besar. hanie punya ada tulis buku mini. Ok lepas ni kene cari buku besar. maybe labih bagus dan banyak bahan input.
Masa pergi pasar Kat Pekan rabu Kg Padang tembak teluk intan. Ada jualan buku lama2 dan buku baru. ALhamdullilah nampak buku ni dan terus beli.
Buku mini hani dah abis baca. sekarang hani baca yang besar plak.
Korang2 jangan lepas kan peluang ye. baik baca.

Monday, March 10, 2014

MH370-saudara terdekat nahas MH370 juga

Assalamualaikum

Innalillahwainnailaihirojiun.
mohon doa banyak2 dan solat hajat agar pesawat MH370 ditemui.

Ni senarai nama 

Fariq Ab. Hamid
Zaharie Ahmad Shah
Foong Wai Yueng
Goh Sock Lay
Gomes Patrick Francis
Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan
Junaidi Mohd. Kassim
Andrew Nari
Ng Yar Chien
Tan Ser Kuin
Tan Size Hiang
Wan Syaid Wan Ismail
Anne Catherine Daisy (MYS)
Bai Xiaow (CAN)
Beherey Usage Waitrelos Laurence Arlet (FRA)
Biby Nazli Mohd. Hassim (MYS)
Brooskii Nikolath (RUS)
Burrows Rooney (AUS)
Chan Huan Peen (MYS)
Chen Weihoing (MYS)
Chew Kar Mooi (MYS)
Chng Mei Ling (MYS)
Chuang Hsiu Ling ((TWN)
Chustrak Oleg (UKR)
Deineka Sergii (UKR)
Dina Mohamed Yunus Ramli (MAS)
Maria Mohamed Yunus Ramli (MYS)
Gu Naijun (AUS)
Guan Hua Jin (MYS)
Huang Tianjui (CHN)
Hue Pui Heng (MYS)
Jee Jing Hang (MYS)
Jiang Cuiyun (CHN)
Koh Tiong Meng (MYS)
Kolekar Chetana Vinod (IND)
Kolekar Vinod Suresh (IND)
Kozel Christian (AUT)
Lawton Catherine (AUS)
Lawton Robert (AUS)
Lee Kah Kin (MYS)
Lee Sew Chu (MYS)
Li Hongjing (CHN)
Li Yuan (AUS)
Lim Por Chua (MYS)
Lui Ching (CHN)
Maraldi Luigi (ITA)
Meng Leoinf (USA)
Meng Nicole (USA)
Mohamad Sofian Ibrahim (MYS)
Mohd. Khairul Amril Selamat (MYS)
Muhammad Drazahan Zamani (MYS)
Mukherjee Muktesh (CAN)
Muzi Yusop (MYS)
Ng May Li (MYS)
Noorida Mohd. Hashim (MYS)
Nor Fadzillah Mat Rahim (MYS)
Norliakmar Hamid (MYS)
Ramlan Safuan (MYS)
Sharma Chandrika (IND)
Shirsath Kranti Pralhad (IND)
Sim Keng Wei (MYS)
Siregar Firman Chandra (IND)

Semalam lepas Seminar Dr Azizan Osman. Pak sedara di bgtau. bahawa. antara penumpang MH370 tu ada sedara yang kenal. kiranya hani dengan dia 2 pupu. tapi jarang jumpa. 
Ya Allah. sauradara terdekat juga terlibat. Mohon banyak2 doa pada mereka. Hanie highhlight nama warna biru. Adik beradik bersama-sama dengan suami masing2 dan anak2 mereka. 

Monday, March 3, 2014

Majlis Potluck untuk budak last praktikal

Assalamualaikum. Cerita jumaat lepas. idea dari hanie.heheh buat jamuan potluck untuk budak praktikal. last jumaat lepas. sebulan di MAhkamah. 


Masing2 bawa makanan. tak kesah la nak bawa apa. HAni beli roti canai dan bawa daging masak kicap. sory ye daging tu x lembut plak.. tu pun lambat habis sbb ada makan yang sangat2 best. Kali ni banyak kek. Lauk2 sikit je. sayur pun x da. 


PAgi tu dah start makan. orang akan amik makanan yang best2 dulu. betul tak. hani makan kek pagi2. pergh sedap2 semuanya.




bos HAkim baru kat Teluk intan. Sempoi je orang nya.


NI hadiah nya. Kawan hani dia order bantal dari hanie. 

Hani bagi coklat keychain nama je




Sesi bergambar last bersama2 dengan afiqah


ok. Hani pun nk interprame..hahahha.


To afiqah. Semoga berjaya didunia dan kekal di akhirat kelak. terima kasih ye.









MAKANAN BEST DI TELUK INTAN- kedai makan bumbumbung biru Sabirin

Assalamualaikum.

Jom. pagi ni kita makan di kedai BUmbung biru no 13. sebelah dengan Menara Condong Teluk Intan,Perak.



Nama Owner ni En Sabirin. tukang masak isteri dia. Makanan dia memang sedap2. tapi hani suka sangat beli bubur kat sini. memang memikat la.
Disebabkan hani ni banyak makan. hani bawa bungkus skali. hani dok makan sorang2 kat situ. hani order air suam dan 


Roti Telur Gegar..





Memang gegar telur ni..hahahha
 dan bungkus bawa ke ofis Bubur Nasi
Antara bahan2 bubur nasi ialah
Nasi kosong
Ayam goreng
Telur MAsin
KAcang
Ikan bilis
Sup SAmbal kicap
Korang sebenar boleh request nak ayam atau x. 

Harga bubur ni RM4.50
hani request bekas besar 4segi. mula2 beli bekas bulat kecik. tau la kan selera ni nak banyak je. next order hani minta bekas besar sikit.