BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 18, 2015

Trip Langkawi 2- Jeti Kuala Perlis

Sambungan


Keesokkan hari gerak keluar rumah pukul 8,30 pagi. hanie dari Arau, sebelum keluar amik gambar depan rumah kawan husband dulu buat kenangan.




 dia la tolong hantarkan kami ke jeti Kuala Perlis. kami Follow dari belakang.
Tq en Rafidi.

Masa bergerak keluar rumah hujan renyai2. Sepanjang perjalanan saje amik gambar2




Bila dah sampai Hujan makin lebat. tetiba plak ada sorang penunggang motor datang kat kereta kami. rupanya amik customer n suruh paking kereta

bayaran sehari

 PARKING KERETA BERBUMBUNG RM15 
PARKING KERETA TANPA BERBUMBUNG RM10
(7 OGOS 2015)

husband hani amik paking berbumbung. dari hari jumaat hingga ahad. RM45 Bayaran







Masa ni husband hani g paking. hani kene jaga anak2 n barang. 2 family kawan dari teluk intan pun dah sampai

ni dalam jeti Kuala Perlis. Teramat la selesa
Toilet bersih. orang pun x ramai..tak la sesak2 nak masuk.





Masa ni bot pukul 8.30baru berlepas. tu yang kosong.


MAsa menunggu bergambar dulu.


geng ofis husband. JKR T,intan



Ni tiket Feri. Beli sehala dulu.

DEWASA RM18
KANAK-KANAK RM13
(7 OGOS 2015)


Dalam feri boleh muat 400 penumpang(agaknye kot)


sampai2 bawa beg x larat dah. nampak troli kene sewa. tak pe la.. RM1 aje dari penat nak membawa beg dan anak2. adey..


sambung....

Trip Langkawi 1- Restoran Sungai Padi Changlun Kedah

Assalamualaikum.

Nak cerita g holiday LAst week.. 
Setelah 7 tahun lepas baru pergi balik ke LAngkawi

Hani bertolak ke Perlis khamis. minta 2 hari cuti. senang nnt hari jumaat tu awal pagi dah gerak ke Langkawi.
tak kenapa kali ni bercuti lambat sangat nak bersiap2 kemas baju semua barang. Cadangnya dan kono2 nk gerak selepas subuh.. sebelum sehari tu wafa cakap Sekolah PAsti nak amik gambar Konvo. Ingat hari rabu tu dah amik gambar. bila balik sekolah dia cakap esok kene pakai lawa2 sebab nak amik gambar. Nak kepastian terus wassap cikgu dia. mmg sah le amik gambo pagi2. 

untuk dipanjangkan cerita mmg lega la kata lewatkan sket ke langkawi(masa tu belum lagi kemas baju2). sibuk siapkan bantal dan tempahan tuala dari cikgu(kawan). esok plak nak guna.. husband cakap. pkl 9.30 ye kita keluar. hani pun OK je. dalam hati cepat la siap sulam ni. Masa tu laa tengah basuh baju lagi. sebab x suka tinggal baju kotor banyak2 kalau nak cuti lama. 

pukul 9.30pg baru siap kemas baju2. kemas barang. kemas rumah.sapu sampah. dgn si kembo ada dirumah memang lambat la nk bersiap. kembo wirdani demam plak dari malam sebelum tu. akhirnya pkl 10 lebih sket baru keluar rumah dan amik wafa. dan chop..chop..chop..bukan terus gerak...hahahha. dengan muka simpati dan intonasi perlahan je cakap. abang. umi nk hantar towel sulam kat kak ina. lepas tu sebelum pergi sekolah dia nak hantar bantal kat Pos laju dulu ye.. nasib baik mood dia baik.. dia cakap. 

H:kenapa x minggu depan je siapkan n hantar. 
W:Hissh..mana boleh.esok nak guna dah..ada program sekolah. kalau tak x der nya ummi nak siapkan2..

H: (terpaksa layankan isterinya. ahahahha)

Akhirnya pukul 11 dari Teluk Intan. kalau gerak awal pagi boleh le jalan2 perlis. ni mau sampai petang kat perlis.. (sengeh macam kerang busuk.heheheh)

perjalan nk ke Perlis asyik2 berhenti. tu yang jadi lama.
sampai pukul 6.

Sebelum ke Perlis Hani singgah kedai makan Pak sedara hani kat Changlun. Mengkome nk makan sedap2 pergi la makan kat sana ye. nama nya Restoran Sungai Padi Changlun. Belakang pasaraya Cmart. 

Petang tu mmg x banyak oder. sebab kenyang lagi. makan tengah hari lambat.. order mee goreng n maggi goreng aje. Sampai je kedai makan. wardina plak demam panas. merengek je masa nak makan. 





Ayahnya baru sempat nak tengok wassap. sebab busy bawa kereta.


Wafa sekrang susah nak bergambar.. 



Dalam kedai makan


belakang tu ayah cik..


Wirdani masa ni dah ok dah. tak da demam lagi.. elok je selera makan


Ni bahagian depan kedai. Jemput makan disitu ye.

sambung...