BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 20, 2012

Blog Hanie Terpilih dalam Blog Pilihan Apa Kata Wanita


Assalamualaikum. 

Apa kabar...pagi ni seperti biasa buka email. dapat email dari Apa Kata Wanita(AKW).. Baca dengan penuh teliti...jantung dup dap2...Betul ker ni...

Syukur Alhamdullilah blog hanie terpilih dalam blog Pilihan Apa KAta Wanita..
Percaya x...kalau x percaya tunggu 23. September 2012 ni


Program Apa Kata Wanita Bersama Zamzarina TV1, ingin menjemput blog anda untuk dipaparkan didalam segmen  'BLOG PILIHAN' . Di mana di dalam segmen 'BLOG PILIHAN' akan memaparkan mana-mana blog yang berkaitan dengan wanita selama lebih kurang 30 saat hingga ke 1 minit.

Sehubungan dengan itu kami ingin menjemput blog anda (http://hanielovekhairudin.blogspot.com) untuk dipaparkan melalui segmen 'BLOG PILIHAN' . Dalam segmen itu nanti kami akan memaparkan halaman utama dan juga apa yang menarik yang dapat dikongsikan dengan penonton. Selain itu kami akan super alamat blog anda dalam segmen ini.
 
 

Untuk makluman, jika tiada halangan segmen ini akan disiarkan pada 23 September 2012 (Ahad) jam 4 ptg TV1. 
Selamat Menonton dan teruskan menyokong AKW :)
 
 
 
 
Ok...dah percaya kan..heheheh
 
Thanks to Sakinah n Krew AKW....


 

Wednesday, September 19, 2012

Alat BBM PAPN Teluk Intan-Tema Kenderaan


Assalamualaikum. 
bulan September ni tema untuk pembelajaran Papn Teluk Intan ialah Kenderaan. segala Laut,Udara,Air dan darat diperkenalkan. hanya basic2 jer. contohnya mewarna. memainkan watak. buat origami.
ni hasil anak hanie buat tampalan kertas sampan.


yang ni contoh dari cikgu.

ni pula kawan2 dia berumur 3 tahun.

 
Bulan ni hanie punya idea untuk buat BBM ialah kemahiran Manipulatif. Belek buku SPM dulu pernah buat beruang. tapi ni ditukarkan kepada kenderaan. hanie tebuk lubang sekeliling dan bubuh tali. So kanak-kanank akan buka dan jahit balik..macam ikat tali kasut..

Gambar2 ni hanie beli jer...nak print out x der kaler dah..hehehe

Ok..tunggu bulan depan pula nak buat apa..bulan ni dah cukup 4 jam..
nnt hani update lagi aktiviti diorang




Pertandingan Hias Pulut anjuran Puspanita Teluk Intan


Assalamualaikum.
Apa khabar semua pembaca blog Hanie.
Jumaat lepas hanie join Pertandingan gubahan pulut Sempena Tahun Melawat Perak peringkat daerah Hilir Perak.
benda2 ni hanie memang suka masuk. LAgi2 dah dapat borang. memang terus masuk la...tapi yang jadi masalah masak PULUT...Kak Asiyah officemate hanie la jadi pembantu masak pulut..heheheh..mlm tu x masak juga kerang nyer..wahh suami ku lupa nak kopek kerang. Hanie x boleh kopek kerang. air dia memang gatal..
Hari sebelum tu barang2 dah siap beli..
MAsak kerang pun terkejar2 sebab pendaftaran pukul 2..Memang kalut time tengah hari tu..
dah la x dapat join Sambutan raya Ofis..
Pukul 12.15p.m terus keluar..balik rumah...siap2 nak amik eskrim plak..nak anta kat ofis. Memang kelam kabut..

Sampai kat Menara Condong pukul 2.30ptg...ramai dah orang. tapi belum start lagi. dalam pukul 3pm baru start..Memang nervous..

ni la hasilnya.. Pulut Menara condong. teramat la simple sangat . tengok kiri kanan..FUhh diorang ni dah selalu masuk kot. hani plak baru 1st time masuk pertandingan macam ni.

Ni hasil peserta2 yang join pertandingan ni..

Selain tu ada macam2 aktiviti dan pertnadingan..Kanak2 tabika pertandingan mewarna.

Juri rasa semua pulut..

Peserta Explorace amik bahagian mendulang beras...kome tau ker..hehehe.peserta ni bukan dari malaysia. ada yang dtg dari Korea,India,dll..

 
Dah abis tu sakan la diorang menari ngan penari2 kat situ..

Last sekali dapat la saguhati dari kedai 1 Malaysia..Alhamdullilah. Insyaallah ada aktiviti ni hanie terus join.



Tuesday, September 18, 2012

Majlis Akikah anak sedara


Assalamualaikum..
Majlis Aqiqah dan cukur Jambul anak sedara hanie. 
 
Baby kecik comel berbaju melayu Muhammad Amirul Asyraf Muhammad AMinuddin.
dia apit Sepupu2nya.

Suami hani berbaju HIjau x lupa nak bawa speaker besar. habis seat belakang di konker speaker besar. alhamdullilah muat dalam kancil..

 
Bila berjumpa macam ni la. masing2 berebut barang mainan.

Sekitar Majlis

Baby Asyraf dalam pelukan mama dia..






Bila anak menguasai Laptop


Assalamualaikum..
Salam Sejahtera pembaca2 blog Hanie.
Menghabiskan hari raya dengan ziarah rumah jiran selang sebelah rumah hanie. Nak jumpa teramat la jarang2 sekali. Salah siapa?
heheheh. Salah sendiri yer..bukan apa. tembok nyer bagaikan tembok besar china. susah nak tegur sapa jiran sebelah. kene la tinggi kan kepala nak berborak..
Malam tu Family hanie n kawan suami hanie pergi beraya rumah jiran.Kak Eira n Azizi...masing2 anak masih kecik.

Tiga2 tu sebaya ngan Qistina. bila jumpa memang kecoh dibuatnya..
Lepas tu si Shakir berbaju hijau keluarkan Laptop Acer mummy dia. Fuhh..budak sekarang terlebih teror handle laptop ni. Qistina boleh la setakat tutup dan buka suiz laptop. si Shakir plak pandai control volume dan buka folder nak tengok Spiderman yang baru..mummy dia cakap ni la setiap hari pegang laptop..semua dia tau..pakai Ipad ayah dia pun tau..
Nasib  la Qistina tu dengar cakap mak ayahnya nyer.. Dulu dah beratus servis laptop..ni kene berhati2 sket bila dia duduk depan Lappy.

Wednesday, September 12, 2012

Kreativiti Kanak-kanak PAPN Teluk Intan


Assalamualaikum ...

Lukisan ni dah lama tersimpan dalam folder. tapi kumpul punya pasal ceritakan dalam satu entry jer..hehehe.Bulan Julai bertemakan Haiwan. segala aktiviti mesti kait ngan haiwan..

 
lukisan ni capan tangan. buat bentuk ikan..silap ler ikan tu tunduk bawah. kawan2 Qistina elok jer buat tepi2..

Ni semua kanak2 3 tahun yang buat capan.

 
ni plak lukisan berkembar..bentuk rama2. kanak2 hanya titikkan warna2 kat  bahagian tengah lukisan. lepas dilipatkan. dan hasil nya jadi la Rama2 yang cantik..


Cuba perhatikan ni bentuk apa..nak kata rama2 x nampak langsung. dah serupa muka raksasa jer tengok ngan mata warna merah ..ngeri...

Hari lain plak aktiviti tampal kertas kat labah2.. kanak2 4 tahun buat topeng muka kucing..

Ni hasil Wafa Qistina capan ibu jari. dan cikgu2 menambahkan kaki2 sampai la nampak macam labah2 dan serangga kecik.

ni x berapa nampak sebab b.ground warna hitam. lepas tu labah2 warna hitam..






HIGOAT Teluk Intan,Perak


Assalamualaikum..
Kiosk HIGOAT dekat Pasaraya TF ValueMart Teluk Intan. sekarang ada kiosk baru buka dekat GIANT Teluk Intan. haritu hanie pergi kat Giant tapi x perasan belah mana..

ni baru 1st time makan..masa pembukaan elok plak time tu hanie pergi shoping kat TF..Kiosk ni bagi Aiskrim Free. kalo ikutkan harga 1 cawan RM3. Aiskrim ada perisa. tapi hanie amik coklat. x lalu kalo perisa susu kambing semata2...hehehhe

Ni Kiosk

Senarai harga. not bad juga la..

Kebersihan diutamakan.

Sedapkan kan..
ni lupa plak nama dia. rasa nya macam Oblong atau burger Prosperety Mek D..

Tuesday, September 11, 2012

Suasana Baru PAPN Teluk Intan


Assalamualaikum.
Imej ni dah tukar. sebelum ni hampir setahun tidak ditukar...dulu hasil cikgu2 yang mula2 operasi di PAPN ni..sekrang ni banyak cikgu yang baru. dan ingin kelihatan baru...
 jom tengok..

 
Ni bahagian hadapan. tempat catat buku SMS dan kehadiran. Cikgu menyambut kedatangan kanak2 di muka pintu lagi .Masih kelihatan kreativiti cikgu lama..
Ni bahagian Literasi. Kanak2 boleh baca buku dan tengok hasil BBM hanie..(poyo jer kan)

Sudut Muzik. Peralatan semua lengkap. Qistina sibuk main Keyboard

Bahagian Persalinan baju.

Tempat Aktiviti

Sudut Kreativiti

Sudut Main Peranan.

Bilik Fizikal. KAnak2 buat aktiviti kat sini.

ni dalam pondok rumah. dalam tu letak baju2 haiwan2..

Last sekali Qistina seronok sangat nak bergambar ngan Asyraf..ni la kawan baik dia..heheheh