BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 27, 2012

Wishing Raya


 

Selamat Hari Raya 
                    kepada seluruh umat Islam

Monday, August 13, 2012

JOm tengok KUDA


Assalamualaikum..
ni perangan hanie n t.FArhana tuk wat lawatan tengok kuda. Bulan lepas tema Haiwan. nak g zoo memang x sempat dah. sebab next week nyer nak berpuasa. Alhamdullilah apa yang dirancang menjadi.
Permulaan bayaran masuk RM10. tapi kami minta bayaran kurang sket dan dia bagi less for per head. maklum la.. kanak2 kecik2 jer budaknyer..rasa x berbali bayar RM10..
Tempat ni kat KElab SUkan Kuda Teluk Intan,Perak. memang dekat sangat la ngan umah hanie. tu yang petang2 bawa qistina tengok kuda. 

ok jom kita masuk..

KAnak2 dah excited nak masukwafa qistina plaj sibuk berlari2 nak tengok kuda.


Cikgu2 bergambar dulu..

Masa ni En Halim bagi keterangan nama kuda dan suruh diorang sentuh. suka sangat kuda2 ni. 

Wafa plak jenis takut. bila orang tu ajak x mau dia..

Bila dah habis sesi tengok kuda sibuk plak si wafa nak pegang. cepat2 la snap gambar...mula2 memang dia takut. take time juga la nak sentuh kuda tu.


Last sekali bergambar lagi. 

apa yang hanie dapat tau tak..semburan Kuda. orang tu cakap x per. tu la POLO yang asli.hahahha. lawak btul la ..










Belajar wat baju kat Kolej KOmuniti Majung.


Assalamualaikum. 
ni dah 2 bulan lepas belajar kat Kolej ni. Student memang ramai. pengajar pun ada beberapa jer..
Hanie dapat call dari kolej. n hani pun minat la nak belajar. ajak Kak Mas n Kak Linda...PAgi2 dah bertolak dari Sungkai. Wafa Qistina Ada teman main ngan adik sedara dia. x la bosan ayahnya jaga kat umah.

ni la suasana kelas dia.


Sempat posing tu. Nak tau x. kami bertiga ni ZERO bab menjahit mengukur2 bagai ni. nak ukur baju dah sampai setengah hari. ingat senang ker nak belajar Baju Kurung Moden. petang plak baru sibuk buat pola. memang slow sket la time tu. pengajar plak dah la sorang. nak ajar dalam 20 orang. patut nya kene ramai pengajar. baru la senang paham..

Budak kaca mata. Kak Mas n Kak Linda

Ni hari yang kedua plak. baru nak potong.Petang akhir tu memang x siap..last2...Mak....tolong siapkan baju ni..x sempat nak belajar leher dia..hehehehh..bagus btul anak sorang ni..nnt hani tunjukkan baju time raya



Baju Raya 2012


ASsalamualaikum.. tahun ni sejarah buat biskut raya n baju raya..wah...
sekarang ni baru la ada minat nak menjahit baju kurung. dulu2 minat. tapi ada banyak halangan. 
Mintak permition dari ketua jabatan coz nak belajar baju kurung setiap hari isnin dan selasa 3-5ptg.at least dapat kurang kan $$$. dalam masa sebulan belajar baju kurung jer...lepas tu tetiba bos panggil masuk dalam ofis dia. saya nak bagitau mengenai kelas jahit. saya dah call pengarah dan tanya dkt dia. Betul ke tindakkan saya. then pengarah dah x bagi hani belajar menjahit. tak per la x der rezeki. dapat belajar sehelai baju kurung 
Syukur sangat2. dan paling terkejut nya. bila kawan mula bercerita. Masa tu hanie dah nak punch out. dia tanya hanie. nak balik ke. anak x sihat yer..hani senyum jer kat dia. sebab malas nak kecoh hani g belajar menjahit.. lepas hani pergi kawan hanie cakap dia tengok punch card hanie. dia terkejut. kenapa hanie keluar hari isnin dan selasa..dan sampai kat meje x tau la dia bercerita ke atau x...emmm ada juga manusia x puas hati yer..Hani buat dengan cara baik. bagi surat dulu minta kebenaran. kalo x benar memang hani x keluar. Bos bg..lepas tu wat salinan nak keselamatan bg kat pegawai ngan pentadbiran...
emmm. x per la...tunggu Kolej Manjung wat kelas jer la ni.

Bahagian kain bawah sekali warna oren baju pertama belajar. kain cotton murah jer

ni gambar masa jahit baju Qistina.

Ni la baju 2nd hani buat. leher tu hani sulamkan.

Time raya hani tangkap gambar yer..
 


Tuesday, August 7, 2012

Ikea


Assalamualaikum..
Selamat petang. lambat nak cter pasal Ikea ni.
 
masa tu baru 1st time nak g sana. Masuk H.way. lepas tu salah exit plak. Kuar balik dan ikut Kota Damansara. jalan punya jalan. dan nampak signboard IKEA. ikut jer la. x jumpa2 juga.Ish..ish..ish..tanya guard plak. rupanya dah terlepas..mana nak tau..rupanya kat bahagian dalam2 sket. Dah sampai nak cari paking masuk dalam Ikea pun x tau. park dekat shoping complex sebelah. 

Punya la ramai shoping kat sini. Masa masuk main door tu..wah..cantik2 katil,set sofa..lagi2 kat room2 yang dah hias macam kat rumah,ada ruang tamu,dapur. yang paling best bilik tidur budak..


Bayangkanlah kalau Qistina ada bilik macam ni. LAgi dia suka..ni pun x nak balik..nak shoping sakan situ idok ler..masa tu tengah mencari satu barang. Memang yakin barang tu ada kat situ. suami hani boleh cakap. dah dapat barang g bayar. pastu jom balik..WHAT....baru jer datang. nak pusing 1 Ikea pun belum lagi nak ajak balik. baik x yah datang..huhuhu. ktorang ni asyik berpecah jer. mana x nyer..sorang tengok ni berkenan. sorang lagi dok tengok barang lain. yang si qistina plak berlari2 tgk banyak mainan..waduh2..pening kepala..last2 hanie cakap kat suami hanie..Sayang. pe kata sayang g jalan2 tempat lain atau duduk kete tido.Adat la lelaki x suka shopping

Jalan punya jalan..Syukur Alhamdullilah..memang ada kat sini....HArga memang x kesah sebab nak ajar budak2 buat biskut..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Ni dia. acuan bentuk Haiwan.HArga RM17.00

ok...dah dapat..

jalan2 lagi dapat Lilin bau Cherry RM9.90..bau dia memang wangi.

MAsa pembayaran meamng tak tau tempat..dah la ramai....
LEpas ni nak pegi lagi. tapi dah bagitau mak hanie..mak lepas ni kiter g sama2 yer...hehehhe

Wednesday, August 1, 2012

SAYONARA Teacher Farhana


Assalamualaikum.
semalam 31 Julai 2012 last berkhidmat dekat PAPN Teluk Intan.T. Farhana dipinjamkan 2 bulan jer. rasa macam kejap.dan khidmat tempat asal dekat PAPN Putrajaya x silap Presint 16.

 
Masa datang minta kebenaran kuar jap dari bos. mak ayah farhana dah sampai. MAsuk jer Permata kanak2 wat morning circle. dan tengah menyanyi lagu SAYONARA DAN GOOD BYE. masa tu melelel la air mata T.Farhana..hehehhe. mana x sedih..sebab dah serasi ngan budak2 ni.

Qistina plak tengah demam masa ni. dah 2 hari. rasanya dia tau kot T.farhana nak pergi. badan panas. tapi aktif. Masa ni tengah menangis sebab suruh ummi nyer duduk dkt dia.bese la tu. nak suruh dukung.

 Kanak2 bersalam2. Wafa x nangis sebab dia bukan reti nak sedih..huhuhuhu.. x da la dah rakan nanyi ngan bermaian kat umah dah..


Sesi bergambar semua kanak2 PAPN ngan PENDIDIK
Cikgu dari Kiri Cikgu Wanie,Cikgu Adibah,Cikgu Mai,Teacher Farhana, Teacher Raihana, Teacher Ida.

HAdiah dari warga Pendidik

Berpeluk2 ngan diorang..huhuhuhu


BYE2 Teacher..
To FArhana. walaupun berkawan kejap2 tapi duduk masa 2 bulan macam kawan dah lama. MInta Maaf yer sepanjang kamu duduk rumah hanie. kot la x seberapa layanan ktorang ngan Din..hehehe masa baca surat kat dalam bilik. gilo banyak hadiah. hani bagi tuala sulam jer..tapi menyesal sebab x tangkap gambar. Thanks yer bagi semua hadiah. akhirnya ktorang pakai hrni. sebahagian hadiah x tangkap gambor.Tudung Oren dan Baju Pink Qistina

Pagi ni suhu badan Qistina kurang sket dari semalam. tapi merengek jer. nak itu..nak ini..terpaksa la layan nya..last2 t.Raihana yang pujuk..hehehhe


Berbuka puasa with Teacher Farhana


Assalamualaikum. 
dah  12 Ramadhan Umat Islam berpuasa. Rasa kejap jerkan. Kalau dah akhir ramadan rasa kejap. ni baru 1st Time berbuka dekat luar. selalunya berbuka dekat rumah. Berbuka ni untuk celebrate Teacher Farhana. malam terkahir sebelum pindah balik ke tempat asal.. yang ni jer dapat belanja dia.Tempat dia memang cantik.x silam Restoran Mutiara Seafood. sederet ngan Klinik Nurul Huda Teluk Intan.

 Siakap Steam Limau

With Teacher.

Ni Wafa Qistina. suruh peace keluar 5 jari..hehehe. nak juga pakai tudung.Badan dia masa ni agak panas. tapi nak juga minum ais blanded Coklat.


Orang pakai sudu dia pun nak makan guna sudu

Ais Blende Coklat.Sedapkan....