BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 8, 2014

Sekitar Majlis Pengebumian MH17 Teluk Intan

Assalmualaikum
2hb september 2014
Penerbangan yang ketiga membawa jenazah MH17.
Allahyarham Firdaus disemadikan di Teluk Intan. dari KLIA ke Teluk Intan naik Helikopter. Bila dengar helikopter dekat padang Speedy Teluk Intan, terus hani pergi tengok. Ramai membanjiri padang tu. Yang naik kereta memang sesak la. Tak boleh jalan

Jenazah pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Muhamad Firdaus Abdul Rahim selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Daerah Hilir Perak di sini pada pukul 12 tengah hari.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Al Naim, Taman Seri Setia di sini

Muhamad Firdaus Abdul Rahim merupakan pembantu juruterbang penerbangan MH17. Beliau adalah anak bongsu daripada lima beradik dan sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27 pada 21 Julai. Beliau dilahirkan di Hospital Teluk Intan dan mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa sebelum berpindah ke Ipoh. Muhamad Firdaus mendirikan rumah tangga pada tahun lepas namun belum dikurniakan cahaya mata.

Masa ni Helikopter baru sampai. Hani terus dekat dengan Van jenazah





tak silap pakai baju kuning hijau2 ni RELA. pakaian baru rasanya.





Sayu tau bila tengok keranda jenayah allahyarham . 








Sultan Perak, MB Perak , DUn semua berkumpul dan bertafakur.







Ambil kenangan bergambar dengan helikopter. Bukan kami je tau. ramai yang amik gambar.

di kubur plak husband hani yang ambil gambar. sebab dia terlibat kerja2 JKR ni. 





Alfatihah pada semua mangsa MH17

0 comments: